5 Sebab Kenapa Malaysia Mesti Menang Ke Atas Bhutan

1. Motivasi

Malaysia mencari kemenangan pertama selepas sekian lama tidak merasakannya. Motivasi pemain pastinya tercabar dengan rekod buruk semasa yang dipegang oleh kita.

Kemenangan pertama ini juga untuk Tan Cheng Hoe. Dan dalam bola sepak, kemenangan pertama sentiasa penting untuk memberikan motivasi kepada pasukan.

Sesi latihan skuad Harimau Malaya di Beirut dikendalikan oleh Tan Cheng Hoe. FOTO: FAM

2. Ranking

Sudah pastinya kemenangan akan membantu Malaysia memperbaiki mata dalam ranking FIFA. Ini penting dalam usaha mahu mengeluarkan Malaysia daripada ranking terburuk pada kedudukan ke-178.

3. Maruah bola sepak Malaysia

Malaysia memiliki liga yang jauh kompetitif dan sistematik berbanding dengan Bhutan. Jadi, sebarang keputusan selain daripada menang akan meletakkan maruah bola sepak Malaysia dalam reputasi yang tidak sepatutnya.

Jika Malaysia beraksi dengan komitmen dan kesungguhan seperti yang disajikan ketika menentang Lubnan, kami yakin kita akan mampu menang perlawanan ini, walaupun dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku.

4. Tamatkan ‘streaks’ yang tak diingini

Malaysia masih belum menang dalam 12 perlawanan terakhir. Ianya lebih daripada setahun 4 bulan Malaysia tidak menang sejak kemenangan terakhir ke atas Kemboja pada 20/11/2016.

Sebagai rekod, ‘streaks’ tanpa kemenangan terburuk Malaysia sejak 2003 adalah 16 perlawanan. Harap kita tidak sedang menuju ke arah itu.

5. Demi penyokong

Penyokong Malaysia sudah lama bersama-sama dengan pasukan Harimau Malaya dan mereka masih menantikan kemenangan daripada pasukan kesayangan mereka.

Jika ada pemain Malaysia membaca artikel kami, anda tataplah wajah penyokong ini yang sanggup bersama anda ketika perlawanan menentang Lubnan tempoh hari.

Walaupun sekadar Bhutan, ia cukuplah untuk melakarkan sedikit senyuman di bibir penyokong bola sepak Malaysia kali ini.

Selamat berjuang kepada Harimau Malaya. Ayuh bangkit dan mengaum!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN