Akmal Rizal Sokong Tindakan KFA ‘Rehatkan’ Ramon Marcote

Ramon Marcote

Bekas pemain Kedah, Akmal Rizal mahu penyokong Kedah tidak mempertikaikan kenapa KFA merehatkan Ramon Marcote. Ini kerana menurut beliau langkah itu diambil demi kebaikan pasukan dan semua pihak harus menerimanya dengan hati terbuka.

Akmal berpendapat, Ramon Marcote sudah diberikan peluang secukupnya untuk membuktikan sesuatu tetapi beliau telah gagal melakukannya dan membuatkan prestasi Kedah merudum.

Beliau juga berpandangan, jika KFA lambat bertindak, Kedah berpotensi menamatkan musim ini tanpa sebarang piala. Dipetik daripada Berita Harian, Akmal berkata:

“Kedah sudah beraksi 7 perlawanan secara keseluruhan termasuk dua aksi Piala FA. Mereka kalah empat dan sekarang di tangga ketujuh liga dengan enam mata, satu kedudukan yang tidak menggambarkan pasukan itu sebagai pencabar sebagaimana penyokong harapkan.”

Tambah Akmal lagi, gesaan beberapa penyokong yang mahu Marcote dikekalkan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Salah satu daripada pihak yang menyokong Marcote adalah Pesatuan Penyokong Lang Merah (LMFA) yang membidas secara terbuka tindakan KFA ke atas Marcote.

LMFA merasakan yang KFA bersikap tidak adil dan berharap Marcote akan kembali diberikan kepercayaan mengendalikan pasukan Kedah. Akmal pula berpandangan:

“Lebih mengecewakan, Kedah sudah kehilangan Piala Sumbangsih dan Piala FA. Ini bukan rekod yang cemerlang bagi seorang jurulatih import, jadi gesaan segelintir penyokong yang masih mahu beliau dikekalkan tidak boleh diterima.”

Akmal juga mengkritik tindakan Ginney Chew yang sebelum ini cuba meraih pungutan suara penyokong Kedah dengan ‘likes’ di Facebook. Akmal berkata:

“Secara terus terang, saya sebenarnya tidak bersetuju dengan cara dilakukan Ginney itu. Ini bukan rancangan realiti di mana kita boleh memilih jurulatih melalui undian penyokong.”

Akmal gembira dengan tindakan KFA kali ini yang lebih tegas dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak.

“Saya gembira kerana kali ini KFA mengambil pendirian tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.”

“Penyokong perlu menghargai sokongan Ginney sebagai penaja, namun dalam menentukan hala tuju pasukan, biarlah pihak pengurusan yang membuat keputusan kerana mereka lebih arif.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN