Penyerang Skuad Kebangsaan Arab Saudi Diberi Peluang Berlatih Bersama Manchester United

Al-Sahlawi

Penyerang skuad kebangsaan Arab Saudi, Mohammad Al-Sahlawi berpeluang untuk menyertai sesi latihan bersama kelab terkemuka dunia, Manchester United.

Peluang tersebut menjelma selepas perjanjian telah dimeterai dengan skuad The Red Devils berhubung dengan perkara berkenaan.

Penyerang berusia 31 tahun itu merupakan peledak berbisa buat Arab Saudi setelah mencipta 26 jaringan daripada 33 perlawanan yang dihadapinya bersama skuad kebangsaan tersebut.

Namun, jangan salah sangka kerana kehadiran Al-Sahlawi adalah dalam salah satu daripada rangka persiapan Arab Saudi bagi memantapkan pemain penyerang tersebut menghadapi saingan Piala Dunia 2018 pada bulan Jun nanti di Russia.

Pihak Berkuasa Sukan Arab Saudi (GSA), Turki Al-Sheik mengesahkan bahawa Al-Sahlawi akan menjalani sesi latihan bersama Manchester United selama tiga minggu menjelang saingan Piala Dunia.

Perjanjian tersebut juga merupakan sebahagian daripada perjanjian komersial diantara pihak berkuasa sukan tersebut dengan Manchester United.

Pada bulan Oktober yang lalu, United telah mendatangani memorandum persefahaman (MOU) bersama-sama GSA untuk kelab tersebut membantu pembangunan industri bola sepak Arab Saudi, yang merupakan salah satu daripada Visi 2030 bagi negara tersebut.

Mohammad Al-Sahlawi kini merupakan pemain di kelab Al-Nassr yang beraksi dalam Liga Profesional Arab Saudi dan baki saingan liga tersebut hanya tinggal dua perlawanan sahaja lagi.

Semoga dengan peluang yang bakal dinikmati penyerang ini dapat digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk mendapat sesuatu yang bermanfaat untuk dibawa ke Russia nanti.

Dalam saingan Piala Dunia 2018, Arab Saudi berdepan tugas sukar apabila diundi bersama-sama tuan rumah, Russia, Uruguay dan Mesir dalam kumpulan A.

Kredit foto: fifa.com

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN