Kim Swee Akui Skuad Malaysia B-21 Tidak Sehebat Malaysia B-23

Skuad Malaysia Bawah 21 Tahun (B-21) tewas 2-3 kepada PJ Rangers dalam aksi perlawanan persahabatan di padang Wisma FAM semalam.

Dalam perlawanan itu, anak buah Datuk Ong Kim Swee ketinggalan tiga gol menerusi jaringan pemain PJ Rangers, Raslam Khan (minit ke-13), Thamil Arasu (m-22) dan Tommy Mawat (m-36).

Selepas itu, mereka berjaya mengurangkan defisit menerusi jaringan Izzan Syahmi (m-40) dan Fadzrul Daniel (m-81).

Kesebelasan utama skuad Malaysia B-21 semalam. FOTO: FAM

Pengendali skuad Bawah 21 Tahun (B-21) negara, Datuk Ong Kim Swee berkata kepada Berita Harian mengakui masih wujud jurang yang agak ketara mengenai kemampuan skuad B-21 dan skuad B-23 yang cemerlang di Kejohanan AFC U23 bulan lalu.

“Sejujurnya, tidak ramai yang mengagumkan tapi saya tidak boleh salahkan mereka kerana sukar untuk melihat mereka berubah dalam sekelip mata.

“Kita perlu memberi mereka lebih masa. Tapi saya dapat lihat mereka cuba terjemahkan apa yang sudah kita lakukan pada sesi latihan pada aksi hari ini.

“Cuma pasukan lawan lebih senior dan lebih matang untuk menangani apa yang cuba kita lakukan di tengah padang,” katanya.

Aksi pemain ketika menentang PJ Rangers. FOTO: FAM

Kim Swee menjelaskan tiada sasaran besar yang diletakkan terhadap skuad B-21 memandangkan ia kali pertama mereka dikumpulkan dalam latihan pusat dan sekadar mengharungi latihan 10 hari.

Mengulas lanjut mengenai jangkaan skuad yang akan diturunkan pada Sukan Asia Indonesia Ogos depan, Kim Swee menjelaskan ia terpulang kepada skuad yang boleh dibawa.

“Jika kita tidak boleh membawa skuad B-23, mungkin kita terpaksa memerlukan alternatif lain.

“Melihat kepada apa yang pernah berlaku sebelum ini, jelas kita memerlukan sama ada Pelan A atau Pelan B,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN