England Seri Dengan Itali, Southgate Kritik Sistem VAR

Skuad England dinafikan kemenangan dalam aksi persahabatan antarabangsa menentang Itali awal pagi tadi apabila sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan skuad Azzuri.

Skuad kendalian Southgate dikejutkan dengan jaringan penalti Lorenzo Insigne tiga minit sebelum tamat perlawanan di Stadium Wembley.

Bagaimanapun pelawat hanya diberikan penalti selepas pengadil Jerman, Deniz Aytekin menukar keputusan awalnya untuk tidak memberikan sepakan itu apabila pemain gantian, Federico Chiesa terjatuh selepas dicabar James Tarkowski menerusi rakaman VAR.

Southgate percaya kurangnya penjelasan mengenai sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) boleh merencatkan saingan Piala Dunia 2018 di Rusia, Jun nanti.

“Saya gembira ia bukan Piala Dunia lagi. Saya rasa peraturannya sangat jelas dan ia tidak. Ia membolehkan anda berdebat sepanjang hari,” katanya.

https://twitter.com/skysportsnews89/status/978735983062650880

Penyerang England Jamie Vardy terlebih dahulu meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-26.

Southgate menambah dia tidak setuju dengan penggunaan teknologi sama seperti dalam Liga Perdana walaupun ia memerlukan wang yang banyak tetapi keputusan salah masih boleh berlaku.

“Saya lebih suka keputusan pengadil adalah muktamad. Ia sukan dan kita tidak sepatutnya bercakap berapa banyak wang diperlukan atau digunakan.”

England berada di landasan tepat untuk meneruskan retak kemenangan selepas kejayaan 1-0 mengatasi Belanda Jumaat lalu dan seri berdepan pasukan pilihan Piala Dunia, Jerman serta Brazil.

“Secara keseluruhan, selepas dua perlawanan saya sangat gembira,” kata Southgate.

“Dalam empat perlawanan terakhir kami menentang empat negara terbesar di dunia, tahap yang lain, dan menjadi kompetitif dalam setiap satu daripadanya.”

Jaringan penyamaan Insigne ialah gol pertama dilepaskan England dalam enam perlawanan. – AFP

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN