Laporan daripada media Australia, SBS News mengatakan kerajaan Australia sedang menimbangkan untuk memboikot kejohanan Piala Dunia di Russia dan tidak akan benarkan skuad kebangsaan Australia ke sana.
#BREAKING: Government considering FIFA #WorldCup boycott after Russian spy attack, @JulieBishopMP says https://t.co/vjiyHp92Rf
— SBS News (@SBSNews) March 27, 2018
Australia berkata negara itu akan mengusir dua diplomat Russia selain memberi amaran untuk memboikot Piala Dunia 2018 sebagai tindak balas terhadap serangan agen saraf yang dilakukan terhadap bekas perisik Russia di Britain.
Laporan dari Amerika Syarikat menyebut, mereka akan mengusir 60 diplomat Russia, disertai beberapa negara di Eropah untuk menghukum Kremlin.
Secara keseluruhan, 100 diplomat Russia sudah diusir sekali gus ia jumlah terbesar diplomat Russia dihalau keluar sejak Perang Dingin.
“Bersama-sama dengan United Kingdom dan juga negara sekutu yang lain, Australia akan mengambil tindakan berhubung serangan agen saraf di Salisbury, UK,” kata Perdana Menteri, Malcolm Turnbull dalam satu kenyataan.
“Dua diplomat Russia yang dikenal pasti sebagai pegawai perisik yang tidak diisytiharkan akan diusir keluar sebagai tindakan kerajaan Australia ke atas tindakan yang tidak konsisten terhadap status mereka, menurut apa yang termaktub dalam Konvensyen Vienna.”
Menteri Luar Australia, Julie Bishop tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan lain seperti memboikot Piala Dunia 2018 di Russia.
“Masih ada banyak lagi pilihan lain untuk tindakan yang boleh diambil. Memboikot Piala Dunia salah satu tindakan yang boleh diambil berhubung isu ini,” kata Bishop seperti dipetik dalam SBS News.
Badan induk bola sepak Australia berkata, setakat ini Piala Dunia akan berlangsung seperti yang dirancang.
“Setahu kami, semua pasukan yang layak termasuklah pasukan England akan mengambil bahagian dalam acara FIFA ini,” kata Persekutuan Bola Sepak Australia dalam satu kenyataan.
Walaubagaimanapun, Julie Bishop malam tadi mengeluarkan kenyataan di twitter rasminya menafikan laporan daripada SBS News mengenai isu boikot Piala Dunia di Russia.
That is wrong – the government is not considering a boycott of the #World Cup. https://t.co/WfEgLl7reb
— Julie Bishop (@HonJulieBishop) March 27, 2018
“Ini tidak benar, kerajaan tidak menimbangkan untuk boikot piala dunia,” katanya dalam twitter rasmi.