Lukaku Bantu Belgium Belasah Arab Saudi Tanpa Belas Kasihan

Wakil dari Asia di Piala Dunia 2018, Arab Saudi memperolehi pengalaman berguna dan berjaya mendapat gambaran kekuatan sebenar pasukan mereka apabila tewas besar kepada Belgium dalam aksi persahabatan antarabangsa awal pagi tadi.

Penyerang berbisa Manchester United, Romelu Lukaku menjaringkan dua gol ketika membantu Belgium membelasah Arab Saudi 4-0 dalam sekaligus membolehkan jurulatih, Roberto Martinez menilai kemampuan barisan kesebelasan skuad Piala Dunia.

Belgium menguasai keseluruhan permainan dengan membolosi gawang lawan dua kali pada setiap babak perlawanan.

Penyerang Manchester United, Lukaku menjaringkan gol pada minit ke-13 selepas mendapat hantaran daripada Kevin De Bruyne yang sebelum itu merampas bola daripada kawalan pemain Arab Saudi.

Lukaku sekali lagi menyudahkan dengan cemerlang hasil gerakan Eden Hazard pada minit ke-39 dengan menolak bola ke sebelah kanan gawang lawan untuk kedudukan 2-0.

Belgium mengendurkan asakan pada babak kedua permainan namun Arab Saudi tetap gagal mengambil kesempatan. Belgium kemudiannya menjaringkan gol ketiga melalui gerakan solo menarik daripada pemain gantian Michy Batshuayi dari jarak dekat pada minit ke-76.

Dua minit kemudian kelemahan benteng lawan sekali lagi dihukum dengan De Bruyne menjaringkan gol selepas melakukan hantaran satu dua dengan Lukaku.

Jurulatih Belgium, Martinez berkata, perlawanan itu memberinya gambaran awal kemampuan kesebelasan pemainnya sebelum pemilihan terakhir pada Mei depan dengan pemain tengah Roma, Radja Nainggolan dijangka tersenarai dalam kesebelasan utama.

Belgium membuka tirai Piala Dunia dengan menentang Panama pada 18 Jun dalam Kumpulan G. Turut berada dalam kumpulan itu ialah England dan Tunisia.

Kemampuan Arab Saudi tidak boleh diperkecilkan apabila mempamerkan tentangan terutamanya pada separuh masa pertama apabila Fahad Al-Muwallad kerap mencemaskan gawang tuan rumah yang dikawal Simon Mignolet dan hampir mendapat penalti pada separuh masa kedua.

Bagaimanapun kelemahan benteng perlu diatasi dan ketepatan hantaran perlu dibaiki sebelum menentang Russia dalam perlawanan pertama Piala Dunia pada 14 Jun. Selain Arab Saudi, turut berada lama Kumpulan A ialah Uruguay dan Mesir. – Reuters

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN