Bhutan Ganti Nepal Untuk Bertemu Malaysia Dalam Perlawanan Antarabangsa ‘A’

Semalam kami ada melaporkan tentang sumber daripada Goalnepal menyatakan pihak ANFA terpaksa membatalkan perlawanan persahabatan menentang Malaysia pada 1 April ini.

Hal ini kerana kelab-kelab domestik mereka enggan melepaskan pemain untuk tugasan di luar kalendar FIFA itu. Lagipun di Nepal ada perlawanan cup competitions yang penting yang akan disambung selepas tugasan antarabangsa terakhir mereka 27 Mac ini menentang Yaman.

Seperti yang kami sudah jangka, FAM pastinya sudah ada pelan B untuk perkara ini. Ini kerana FAM sebelum ini sudah mengumumkan mereka sudah mencapai persetujuan dengan FMLLP untuk menunda beberapa perlawanan Liga Super dan Liga Premier demi memberikan laluan untuk perlawanan persabahatan pada 1 April.

Pada tengah malam semalam juga FAM mengesahkan perlawanan menentang Bhutan untuk menggantikan perlawanan menentang Nepal yang terpaksa dibatalkan. Perlawanan akan berlangsung pada tarikh dan venue yang sama.

Sebagai rekod, pasukan Bhutan yang digelar Dragon Boys ini adalah pasukan di ranking ke-188 dunia. 1 anak tangga lebih baik daripada Mongolia.

FAM pro-aktif dalam mencari perlawanan antarabangsa A demi untuk membantu menaikkan ranking pasukan Malaysia yang kini berada di kedudukan ke-178.

FAM dalam siaran rasmi mereka menyatakan:

“Perlawanan antarabangsa “A” antara skuad kebangsaan, Harimau Malaya bertemu Nepal di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 1 April depan terpaksa dibatalkan selepas permintaan daripada pasukan lawan itu yang tidak dapat hadir ke Kuala Lumpur pada tarikh berkenaan.”

“Sebagai ganti, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah berjaya mendapatkan pengesahan daripada pasukan Bhutan untuk menjadi lawan skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu bagi perlawanan tersebut yang akan berlangsung di venue dan tarikh yang sama seperti telah ditetapkan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN