Bale Cemerlang Sumbat Hatrik Dan Bantu Wales Belasah China 6-0

Wales menghadiahkan kemenangan bergaya kepada pengurus baharu skuad itu yang juga merupakan legenda Manchester United, Ryan Giggs apabila mencatat kemenangan terbesar, 6-0 dalam aksi Piala China semalam.

Bintang Real Madrid, Gareth Bale meledak hatrik sekali gus muncul penjaring gol terbanyak negaranya dalam perlawanan yang berlangsung di Guangxi Sports Centre, Naning.

Bale ketika ini sudah mengumpul 29 gol dan melebihi rekod jaringan yang sebelum ini dimiliki Ian Rush.

Selepas membuka tirai jaringan seawal minit kedua, Bale menjaringkan gol keduanya pada minit ke-21 sebelum mengesahkan hatrik selepas sejam perlawanan berlangsung.

FOTO: FA Wales

Kali terakhir pemain Wales menjaringkan hatrik ialah menerusi Robert Earnshaw ketika perlawanan menentang Scotland pada 2004 dan kali terakhir ia dilakukan di gelanggang lawan ialah menerusi Cliff Jones pada 1963 di Belfast ketika menewaskan Ireland.

“Ketika saya masih kanak-kanak, saya tidak pernah bermimpi untuk memecahkan rekod buat Wales. Ia penghormatan yang amat besar,” kata Bale.

“Saya tidak pernah memikirkannya, tetapi kini ia sudah berlaku dan ia penghormatan yang besar dan salah satu daripada perkara terbaik yang pernah saya capai dalam karier saya… dari sudut peribadi, hebat untuk memecahkan rekod, tetapi saya tidak boleh melakukannya tanpa rakan sepasukan.”

FOTO: FA Wales

Selain Bale, penyerang Sam Vokes turut menyumbat dua gol dengan pemain sayap, Harry Wilson turut meletakkan namanya selaku penjaring.

Uruguay dan Republik Czech, dua lagi pasukan yang beraksi dalam kejohanan Piala China dijadual bertemu esok bagi merebut peluang menentang Wales di final. – Reuters

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN