5 Pekara Yang Boleh Dipelajari Daripada Perlawanan Harimau Malaya & Mongolia

Kecewa. Itulah luahan jujur setiap penyokong bola sepak negara setelah berakhirnya perlawanan persahabatan antarabangsa membabitkan Malaysia dan Mongolia.

Setiap daripada kita mempunyai sebab untuk berasa demikian. Pertama, Mongolia dibarisi oleh deretan pemain muda bertaraf amatur.

Kedua, negara tersebut berada 11 anak tangga di belakang skuad negara dalam kedudukan rangking FIFA, di kedudukan ke-189 dunia.

Abaikan keputusan seri dengan jaringan 2-2 itu sebentar. Apakah perkara lain yang boleh kita pelajari daripada perlawanan ini?

1. Falsafah bola sepak Tan Cheng Hoe

Antara perkara yang menjadi tumpuan di dalam perlawanan ini ialah penampilan pertama Tan Cheng Hoe selaku Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya.

Umum mengetahui bagaimana jurulatih ini menerapkan taktikal moden berpaksikan formasi 4-2-3-1 ketika masih bersama Kedah FA.

Tan Cheng Hoe

Di dalam perlawanan ini, Tan Cheng Hoe mengekalkan formasi 4-2-3-1 ini, dengan tujuan menampilkan taktikal yang dinamik dan fluid.

Apa yang menarik perhatian kami dalam perlawanan ini ialah gandingan Natxo Insa dan Afiq Fazail sebagai pivot berkembar.

Sistem ini membenarkan Natxo dan Afiq membentuk gandingan  bersama Safiq Rahim untuk gandingan 3 pemain di bahagian tengah dalam usaha mewujudkan intensiti ketika menyerang.

Sumber: FAM, Facebook.

Keserasian di antara Natxo dan Afiq sudah boleh dijangkakan mengambil kira kekerapan gandingan kedua-dua pemain ini sepanjang tempoh bersama JDT.

Gandingan ketiga-tiga pemain ini menunjukkan kestabilan, membenarkan skuad negara menguasai penguasan bola melebih 60% sepanjang tempoh perlawanan.

Berdasarkan pelawanan pada malam tadi, antara perkara utama yang perlu diberikan oleh Tan Cheng Hoe ialah konsistensi intensiti dan kreativiti di kawasan final third serangan.

2. Penampilan sulung Natxo Insa, tiada Corbin-Ong

Penampilan sulung kedua-dua berdarah kacukan ini bersama skuad kebangsaan turut dinanti-nantikan oleh kebanyakkan penyokong bola sepak tanah air.

Namun rata-rata berasa hampa setelah nama Corbin-Ong tidak berada di dalam senarai skuad yang berhadapan dengan Mongolia pada malam tadi.

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada kepastian mengapa nama Corbin-Ong tersisih, dengan desas desus mengatakan ia adalah berkaitan kecederaan atau isu taktikal pasukan.

Corbin Ong, pemain kacukan akan beraksi di posisi pertahanan kiri pasukan JDT. FOTO: JST

Namun rakan sepasukan Corbin-Ong di JDT, Natxo Insa telah berjaya menunjukkan kualiti yang pasukan negara ketandusan selama ini.

Dalam perlawanan ini, Natxo beraksi dengan peranan pemain No.6 membentuk sebagai pivot.

Di dalam formasi ini sebenarnya Natxo boleh diexploitasikan di dalam dua lagi arahan taktikal selain daripada sebagai peranan No.6.

Sumber: FAM, Facebook.

Pertama, beliau boleh digunakan untuk sebagai pemain dengan peranan No.8, untuk mara ke hadapan bersama Safiq Rahim untuk memecah kebuntuan di kawasan final third lawan.

Kedua, Natxo boleh beraksi sebagai half-back untuk membentuk gandingan dengan bahagian pertahanan membentuh rangkaian 5 pemain pertahanan ketika bertahan.

Di dalam perlawanan ini, Natxo lebih banyak dengan peranan No.6, dan sekali sekala membantu bahagian pertahanan.

3. Pertahanan tengah

Di bahagian pertahanan, gandingan Matthew Davies, Adam Nor Azlin, Fadli Shas, dan Fazly Mazlan diberikan kepercayaan oleh Tan Cheng Hoe.

Realitinya, ini adalah bahagian terlemah di dalam pasukan yang perlu diberi perhatian selepas ini.

Fadli Shas berada di dalam prestasi terbaik ketika bersama JDT. Namun di dalam perlawanan ini, beberapa kesilapan individu oleh pemain ini membuatkan skuad negara dihukum.

Sumber: Sukan Malaysia Online, Facebook.

Tetapi jika kita berbicara mengenai bahagian pertahanan sebagai satu unit, isu gandingan mungkin boleh diperkatakan.

Adam Nor Azlin beraksi cemerlang sebagai ball playing defender di dalam rangkaian 3 pertahanan tengah bersama skuad B-23 negara.

Di dalam sistem 4 pemain pertahanan di mana kedua-dua bek sayap aktif melakukan larian serangan, seorang bek tengah yang lebih combative adalah lebih sesuai.

Sumber: Sukan Malaysia Online, Facebook

Berdasarkan senarai pemain negara yang dipanggil oleh Tan Cheng Hoe, kami memilih pemain dengan profail seperti Shahrul Saad, Rawilson Batuil atau pun Kiko Insa (sekiranya cergas) untuk digandingkan dengan Fadhli.

Bagaimanapun, ini adalah perlawanan persahabatan, dan Tan Cheng Hoe mungkin mahu melakukan eksperimen ke atas barisan pemain yang dimiliki beliau.

4. ‘Ubi muda’- Akhyar Rashid

Muda, bertenaga, berani, pantas, dan menghiburkan. Mungkin itulah kesimpulan yang boleh diberikan ke atas prestasi Akhyar Rashid dalam penampilan sulung beliau bersama skuad senior kebangsaan pada malam tadi.

Dimasukkan bermula babak kedua perlawanan untuk Mahali Jasuli, kehadiran Akhyar terus mengubah rentak serangan skuad negara.

Beraksi di sayap kiri, Akhyar nyata memberi masalah kepada barisan pertahanan lawan dengan skil dan kebolehan menggelecek yang beliau miliki.

Gol kedua skuad negara oleh pemain ini dalam perlawanan pada malam tadi adalah indikasi Akhyar sudah hampir bersedia sepunuhnya untuk menggalas tanggungjawab lebih besar dalam kariernya.

Dua perkara yang perlu dilakukan oleh Akhyar untuk melengkapkan perkembangan kariernya sekarang ialah pertama, tampil lebih kerap atau memastikan dirinya sebagai kesebelasan utama Ramon Marcote di Kedah.

Sumber: Sukan Malaysia Online

Kedua, membuktikan dirinya mampu beraksi dengan intensiti tinggi sepanjang tempoh 90 minit perlawanan.

Kini terpulang untuk Kedah dan Tan Cheng Hoe di skuad kebangsaan untuk memastikan potensi yang dimiliki oleh ‘ubi muda’ ini terus digilap ke tahap tertinggi.

5. SNBJ sambut 10,200 penyokong

10,200. Itulah jumlah rasmi penyokong bola sepak tanah air yang hadir menyaksikan perlawanan persahabatan di antara Malaysia dan Mongolia pada malam tadi.

Jumlah tersebut boleh dianggap memberangsangkan memandangkan ini adalah perlawanan persahabatan dan diadakan pada hari bekerja.

Kredit: Saudara Amir Rudin, Facebook.

Apa pendapat anda dengan kemudahan yang boleh didapati di Stadium Nasional Bukit Jalil setelah ia digunakan kembali buat kali pertama untuk menjadi gelanggang tuan rumah skuad Harimau Malaya?

Jelas isu harga tiket perlawanan yang diletakkan di antara RM30 sehingga RM50 bukan isu yang patut ditimbulkan jika fasiliti di SNBJ diambil kira.

Kredit: Amir Rudin, Facebook.

Lebih daripada itu, kehadiran sejumlah 10,200 penyokong pada malam tadi membuktikan masih ramai yang sayangkan pasukan negara. Jumlah ini belum lagi termasuk jumlah penyokong yang menyaksikan pelawannan secara siaran langsung di kaca televisyen.

Bagaimana tidak? Buruk pun, itu pasukan kita. Jatuh sekali pun, pemain-pemain ini mewakili negara kita. Adakalanya kritikan oleh penyokong tidak disenangi oleh sesetengah pihak.

Kredit: Gate C Supporters, Facebook.

Percayalah. Kritikan tersebut hanya kerana penyokong masih mempunyai sentimen ‘sayang’ kepada pasukan negara.

Alangkah baiknya jika semua pihak boleh duduk bersama-sama dalam apa pun permasalahan demi kebaikkan bola sepak negara.

Rumusan

Masih banyak kerja perlu dilakukan. Itulah kesimpulan terbaik yang boleh disimpulkan dalam perlawanan menentang Mongolia ini.

Mahu atau tidak, itulah realiti sebenar keupayaan dan prestasi semasa pasukan negara di pentas antarabangsa.

Kita ada dua pilihan untuk berhadapan dengan isu ini. Terus bertelagah tanpa mendapat apa-apa input positif, atau bekerja keras untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak negara.

Tepuk dada, tanya selera!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN