Kerajaan Belanda Buru Mino Raiola, Disyaki Dalam Penipuan Cukai

Laporan akhbar di Itali menyatakan yang ejen super, Mino Raiola sebagai individu terbaru dikaitkan dengan penipuan cukai dalam bola sepak.

Sejak beberapa tahu kebelakangan ini, banyak sekali kes yang melibatkan penipuan cukai dibongkar oleh pihak audit tempatan.

Akhbar ​Il Fatto Quotidiano melaporkan yang Raiola diburu oleh kerajaan Belanda yang mahukan Mino Raiola tampil memberikan penjelasan berkenaan dengan beberapa perkara.

Jika bersalah, mereka mahukan Raiola dikenakan tindakan undang-undang dan mengembalikan semula wang milik kerajaan Belanda.

Akhbar tersebut juga menyebut, Raiola menggunakan agensi cukai seperti Maguire Tax. Dan mereka telah menipu dalam laporan kewangan mereka untuk mengelak daripada membayar cukai yang sepatutnya mereka bayar.

Kerajaan Belanda mengesyaki ada sesuatu yang tak kena dalam transaksi perpindahan pemain sekitar 2014-2017. Ia turut melibatkan perpindahan beberapa nama besar daripada agensi Raiola.

Raiola sudah pun menafikan tuduhan itu dan menyatakan yang beliau tidak menyembunyikan apa-apa. Beliau hanya menawarkan perkhidmatan agensi kepada pemain. Dan pemain sendiri yang memilih agensi seperti Maguire.

“Itu bukan urusan saya. Jika pemain saya percaya dan menggunakan khidmat mereka, saya tidak ada kena-mengena dengannya.”

Raiola memiliki klien dengan nama-nama besar termasuk Romelu Lukaku, Paul Pogba, Zlatan Ibrahimovic, dan Gianluigi Donnarumma.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN