Shopee Piala FA: Rufino, Evan Bantu Red Giants Pastikan Dendam Terbalas Di Kuala Terengganu

4-1. Itulah keputusan pada kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu, memihak kepada pasukan tuan rumah, Terenganu FC.

Namun pada kali ini senarionya berbeza. Pertamanya, ini adalah pertandingan Piala FA. Menang mara, kalah tersingkir.

Selangor turut tampil berbeza; baik dari segi pemilihan pemain, formasi dan juga pengendali.

Separuh masa pertama

Sejak wisel sepak mula ditiup pengadil, kedua-dua pasukan  mengamalkan corak permainan rancak dengan serangan bersilih ganti ke kubu lawan.

Peluang buat Selangor hadir seawal pada minit ke-4 pelawanan, namun percubaan dari jarak dekat Rufino Segovia berjaya ditampan Suffian Abd Rahman.

Sumber: TFC, Facebook.

Terengganu FC turut tidak ketinggalan mengancam kubu pertahan Selangor, dengan larian dan hantaran berbahaya sepanjang 10 mit pertama perlawanan.

Kesungguhan Selangor untuk menyerang untuk mencari gol awal bagaimanapun dihukum.

Serangan balas yang dimulakan oleh Ashari Samsudin membenarkan Tchetche Kipre melepasi perangkap offsaid, sebelum Shahrul Aizad menyambar hantaran rakan sepasukannya itu untuk meletakkan Terengganu FC di hadapan pada minit ke-24 perlawanan.

Sumber: TFC, Facebook.

Namun gol itu tidak kekal lama. Dua minit kemudian, hantaran Ilham Udin daripada sebelah kiri yang terbias oleh pertahanan Terengganu FC, ditanduk mudah oleh Rufino untuk gol penyamaan Selangor.

Pada minit ke-32 perlawanan menyaksikan Rufino mensia-siakan peluang keemasan apabila sekadar menolak lemah hanyatan cantik Amri Yahyah, mudah ke dakapan penjaga gol Terengganu FC.

Sumber: TFC, Facebook

Selangor terus menguasai perlawanan selepas itu, namun gagal menghasilkan output yang dikehendaki untuk perlawanan babak pertama berakhir Terengganu FC 1 Selangor 1.

Separuh masa kedua

Babak kedua perlawanan turut menyaksikan kdua-dua pasukan mengamalkan corak permainan pantas dan menyerang.

Minit ke-58 perlawanan menyaksikan Shahrul Aizad berhadalan satu lawan satu Norazlan, selepas menerima hantaran Tchetche Kipre, namun keberanian penjaga gol Selangor itu menafikan Terengganu untuk berada di hadapan.

Sumber: TFC, Facebook

Sebaliknya, selang beberapa minit selepas itu gerakan set pieces oleh barisan pemain Selangor menyaksikan Evan Dimnas merembat cantik placing yang dihasilkan oleh Pacheco untuk Selangor mendahului 2-1.

Derita Terengganu beterusan di dalam perlawanan ini apabila pengadil perlawanan memberikan sepakan penalti buat Selangor selepas Joseph Kallang dijatuhkan oleh Fitri Omar di dalam kotak penalti.

Rufino Sebogia tenang menewaskan Suffian Rahman untuk Selangor terus selesa dengan jaringan 3-1 di hadapan.

Sumber: TFC, Facebook.

Terengganu FC kemudiannya melakukan beberapa gerakan berbahaya ke arah kubu Selangor, namun kecemerlangan Norazalan di hadapan gawang mengecewakan anak buah Irfan Bakti.

Walaupun Terengganu FC cuba bangkit dengan serangan bertali arus, Selangor kekal utuh dengan kemenangan 3-1, sekaligus melayakkan diri ke peringkat suku akhir Shopee Piala FA Malaysia 2018.

Terengganu FC: Suffian Rahman (PG), Fitri Omar, Kamal Azizi, Lee Andrew, Thierry Bin, Abdul Malik Ariff (52′ J. Parthiban), Shahrul Aizad (63′ Ismail faruqi), Andul Latiff Suhaimi, Tchetche Kipre (K), Igor Zanjic, Ashari Samsudin (57′ Faiz Nasir)

Selangor FA: Norazlan (PG), K. Kannan, Ashmawi, Razman (53′ W. Pacheco), Namathevan, Halim, Amri Yahyah, Evan Dimnas (72′ Saiful Ridzwan) Joseph Kallang (77′ Shahrul Iqwan), Rufino Sebogia, Ilham Udin.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN