Sumber Sky Sports mendedahkan yang FA dalam pertimbangan untuk menghukum West Ham dengan denda termasuk arahan bermain di stadium kosong untuk kesemua baki perlawanan mereka musim ini.
Pada hujung minggu lalu, berlaku insiden kekacauan penyokong di Stadium London. Ini selepas beberapa penyokong melancarkan protes meminta pemilik kelab mereka berambus daripada kelab mereka.
Dalam insiden tersebut berlaku beberapa siri pencerobohan penyokong ke dalam padang. Penyokong bertindak liar dengan membaling wang syiling ke arah David Sullivan yang terpaksa meninggalkan stadium awal atas nasihat petugas keselamatan.
Ini selepas penyokong West Ham kelihatan semakin agresif selepas pasukan lawan menambah jaringan.
FA England sudah mengarahkan kertas siasatan insiden itu dihantar segera ke pejabat mereka. Dan Sky Sports melaporkan yang West Ham bakal dikenakan tindakan keras.
Perkara ini sudah semua sedia maklum. FA sangat sensitif dalam perihal keselamatan di dalam stadium. Selain daripada denda, West Ham bakal menunggu hukuman bermain di stadium kosong.
Antara yang pasti mereka tidak mahu dengar adalah bermain di stadium kosong untuk kesemua baki saingan. Itu akan memberikan impak kepada kutipan di hari perlawanan mereka dan juga semangat pemain ke-12.
Jika hukuman itu diputuskan sebelum hari perlawanan hujung minggu ini, ianya melibatkan sekitar 5 lagi baki perlawanan di Stadium London.
2 perlawanan besar adalah menentang Man. United dan Man. City yang memiliki nilai komersial yang sangat tinggi.