Kejayaan Liverpool layak ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas menunggu selama sembilan tahun memberikan semangat tambahan kepada kepada pengurus pasukan itu, Jurgens Klopp untuk memburu kejayaan yang lebih gemilang.
Walaupun sekadar seri tanpa jaringan pada perlawanan 16 terakhir di Anfield pagi semalam, Liverpool tetap melangkah hasil kemenangan 5-0 pada agregat ke atas Porto selepas menang besar di Portugal tiga minggu lalu.
“Seronok rasanya,” kata Klopp yang memasuki musim kedua bersama Liverpool.
“Secara jujurnya, saya rasa kami berhak berada di suku akhir. Ia bukan sesuatu yang mengejutkan.
“Saingan pusingan seterusnya lebih sukar, tujuh lagi pasukan yang turut layak pasti hebat. Mungkin empat daripadanya adalah kelab England dan ia juga tidak menjanjikan laluan mudah.
“Saya yakin kami akan berpeluang untuk ke separuh akhir. Kami akan menghadapi perlawanan demi perlawanan. Keputusan malam ini memang baik buat kami.”
The boss having fun in the snow. ⛄ pic.twitter.com/fwD1iLCCHb
— Liverpool FC (@LFC) March 8, 2018
Ketika tugasnya boleh dianggap selesai selepas perlawanan di Portugal, Klopp meletakkan penjaring utama, Mohamed Salah dan Virgil van Dijk di bangku simpanan untuk pertembungan menentang Manchester United, Sabtu ini.
“Kini kami boleh menumpukan perhatian kepada aksi menentang Manchester. Kami tidak sabar untuk bermain,” kata Klopp.
Liverpool bermula pantas dalam saingan Eropah musim ini tetapi pagi tadi, mereka kelihatan sedikit perlahan apabila pengendali Jerman terbabit membuat lima pertukaran berbanding pasukan yang mengalahkan Newcastle hujung minggu lalu.
"We are ready for everything; whoever comes, we are ready to fight." 👊
Dejan Lovren insists #LFC hold no fear: https://t.co/OCiDch9sqI pic.twitter.com/Fm4VopXKMA
— Liverpool FC (@LFC) March 7, 2018
Tuan rumah memerlukan tempoh 17 minit sebelum mula menyerang dan hantaran lintang Joe Gomez disambut Sadio Mane tetapi cubaan pemain itu melepasi palang.
Mane hampir menjaringkan gol keempat dalam pertandingan itu apabila menerima hantaran James Milner tetapi gagal menewaskan penjaga gawang Porto, Iker Casillas.
“Biasanya, jika anda seri di tempat lawan dan menang di tempat sendiri, perasaannya pasti lebih baik,” kata Klopp.
“Tetapi pencapaian maksimum yang boleh anda capai ialah layak ke pusingan seterusnya dan itulah yang kami lakukan.”
Casillas diberikan tepukan gemuruh oleh penyokong Liverpool selepas dia memecahkan rekod penampilan dengan bermain buat kali ke-167 pagi tadi.
“Saya rasa dia memiliki rekod penampilan yang jauh lebih tinggi berbanding semua pemain kami,” kata Klopp yang turut meminati Casillas. – AFP