Nama adalah sebutan atau label yang diberikan kepada manusia, benda, tempat, produk dan sebagainya. Nama merupakan istilah yang digunakan untuk pengenalan.
Nama manusia umumnya terbahagi kepada nama depan dan nama keluarga. Namun begitu, ada juga perbezaan budaya, agama dan etnik perkauman yang tidak mengikut konsep tersebut.
Terdapat juga nama panggilan yang merupakan nama khusus untuk digunakan dalam kehidupan. Tidak terkecuali juga dengan nama pemain-pemain bola sepak di dunia.
Ramai pemain bola sepak hanya mengunakan nama samaran bagi pengenalan identiti mereka. Artikel ini merungkai kisah disebalik rahsia 7 nama pemain bolasepak terkenal dunia yang harus anda tahu.
1. Ronaldinho
Jika ada peminat bolasepak dunia yang tidak mengenali lelaki bergigi jongang bernama Ronaldinho, anda harus berpindah tinggal ke planet lain.
Siapa yang tidak mengenali “Raja Skill” Ronaldinho. Walaupun tidak sekacak David Beckham, ikon bolasepak Brazil itu merupakan watak protagonis pada zaman sebelum era Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan Neymar.
Namun, tahukah anda, nama Ronaldinho seperti yang terpapar dibelakang jersinya, bukalah nama sebenar bagi dirinya. Nama sebenar Ronaldinho ialah Ronaldo de Assis Moreira.
Ronaldinho mengubah nama asalnya “Ronaldo” memandangkan dalam skuad kebangsaan Brazil ketika itu ada seorang pemain yang bernama Ronaldo( Ronaldo Luis Nazario de Lima) yang kini lebih dikenali sebagai Ronaldo Rozario.
Jadi, kerana tidak mahu berlakunya kekeliruan diatas pandang, Ronaldinho terpaksa mengambil keputusan dengan mengumumkan nama panggilan baru bagi dirinya iaitu Ronaldinho yang bermaksud Ronaldo yang lebih muda.
2. Kaká
Kaká merupakan pemain dari Brazil yang berkelana dan menjadi bintang di bumi Itali bersama pasukan AC Milan. Kaká memiliki nama sebenar yang panjang dan sukar untuk disebut iaitu Ricardo Izecson dos Santos Leite.
Nama Kaká tercetus dari adik kandungnya sendiri, Digao. Ketika masih kecil, adiknya sukar untuk menyebut nama panggilan abangnya itu . Digao sering memangil abangnya dengan panggilan Ricar “Car Car” (Kaká).
Panggilan Kaká dari adiknya itu terus menjadi sebutan oleh ahli keluarga, kenalan dan rakan-rakan persekolahan. Nama samaran Kaká itu terus kekal sehingga hari ini.
3. Javier Hernández
Memandangkan gelaran Javier dan Hernandez terlalu sinonim di negara latin khususnya di Mexico, bekas penyerang Machester United iaitu Javier Hernadez Balcázar telah dipanggil oleh rakan-rakan dengan nama gelaran “Chicharito”.
Nama Chicharito bermula dari kisah panggilan kepada bapanya, Javier Hernández Gutiérrez yang juga merupakan seorang pemain bolasepak terkenal di Mexico ketika era 1980an sehingga 1990an.
Semasa era kegemilangan Gutiérrez di Mexico, beliau diberi gelaran oleh peminat bolasepak sebagai El Chicharo. El Chicharo dalam bahasa Sepanyol bermaksud Kacang Peas merujuk kepada mata Gutiérrez yang berwarna hijau.
Semasa menyertai kelab akademi Guadalajara, sebuah kelab bolasepak di Mexico, Javier Hernández telah diberi gelaran “Chicharito” oleh rakan-rakan sepasukan yang bermaksud Kacang Peas Kecil. Ia merujuk kepada anak kepada pemain tersohor di Mexico, Javier Hernández Gutiérrez.
4. Sergio Aguero
Penyerang sensasi Premier League ketika ini yang menyarung jersi Manchester City iaitu Sergio Aguero sering ditanya oleh peminat bolasepak mengapa terdapat perkataan “Kun” dihadapan nama pada jersi yang disarungnya.
Watak Kartun dalam kehidupan telah menjadi sebati dalam diri mereka yang bergelar kanak-kanak. Seperti Aguero, beliau juga seperti kanak-kanak lain yang gemar menonton cerita kartun.
Semasa kecil, Aguero sering menonton televisyen sebuah rancangan kartun yang popular di negaranya pada tahun 1980an yang bertajuk KUM KUM.
Kartun KUM KUM mengambarkan suasana kehidupan di zaman batu dan nama Kum Kum merupakan nama bagi watak seorang budak lelaki dalam kartun tersebut.
Berbalik pada cerita bagaimana, Aguero mendapat jolokan “Kun” Aguero. Kisahnya bermula ketika datuk Aguero yang bernama Jorge Chetti melawat keluarga Aguero di Buenos Aires.
Semasa bersama datuknya, Aguero sering menyebut perkataan “Koo” dan “Koom”. Meskipun diajar menyebut dengan lebih baik, perkataan Koom dan Koo masih terkeluar dari mulut Aguero.
Sehinggalah suatu hari, kerana terlalu menyebut perkataan tersebut, datuknya sendiri memanggil Aguero dengan dengan panggilan “Kun”. “Kun datang kesini”. “Kun pergi sana”.
Sejak hari itu, keluarga mula memanggil Aguero sebagai Kun, malahan gelaran itu terjebak sehingga ke kawasan kejiranan mereka. Rakan-rakan sepermainan ketika kecil mula memanggil Aguero sebagai Kum Kum.
Sehingga kini nama Kun masih tersemat dihati Aguero untuk dijadikan kenang-kenangannya semasa kecil.
5. Nani
Nani merupakan bekas pemain Manchester United yang berasal dari kepulauan Praia, Cape Verde sebuah tanah jajahan Portugis.
Hasil hubungan cinta diantara Maria dan Domigos, mereka dikurniakan seorang bayi lelaki dan diberi nama Luis Carlos Almeida de Cunha.
Nani dibesarkan dalam kehidupan yang susah dan kemiskinan. Selepas beberapa tahun dilahirkan, Nani telah dihantarkan ke pusat pengasuhan.
Nama gelaran Nani tercetus dari pengasuhnya ketika itu yang memangilnya sebagai “Nani”. Nani dalam bahasa Hawaian bermaksud kecantikan dan kemegahan.
6. Alexandre Pato
Nama sebenar bekas penyerang Ac Milan dan Chelsea ini bukanlah Pato seperti yang tertera pada jersi yang disarungnya.
Nama sebenar pemain ini ialah Alexandre Rodrigues da Silva. Pato dalam bahasa Catalan bermaksud, Itik.
Jolokan nama Pato yang diberikan kepadanya bukan membawa erti itik seperti yang dimaksudkan tetapi merujuk kepada lokasi kelahiran pemain ini iaitu disebuah kota di bahagian Barat Daya negeri Parana di Brazil.
7. Hulk
Givanildo Veira de Souza. Itulah nama sebenar pemain kelahiran Brazil, Hulk yang kini sedang beraksi di China bersama pasukan Shanghai SIPG.
Hulk yang terpilih untuk beraksi dalam skuad Olimpik Brazil pada tahun 2012 merupakan pemain yang memiliki ciri fizikal tubuh badan yang besar, kuat dan berotot.
Oleh kerana itu, beliau diberi gelaran Hulk oleh rakan-rakan sejak kecil merujuk kepada watak adiwira dalam komik dan filem MARVEL berjudul HULK.
Penutup
Anda mengetahui nama samaran pemain bola sepak dunia dan tempatan?
Senaraikan di ruangan komen. Kami juga ingin mengetahuinya.