Pada musim ini, nama Mohamed Salah menjadi tumpuan di mana-mana.
Dari aksi cemerlang di atas padang bersama Liverpool, Salah juga menjadi tumpuan dengan hasil budi yang beliau lakukan di luar padang.
Baru-baru ini, Salah telah menghulurkan bantuan kemanusiaan di negaranya iaitu Mesir dengan membiayai kos perubatan.
Menurut sumber di Mesir, Salah telah mendermakan wang sebanyak 12 juta Pound Mesir kepada lebih 57 ribu hospital di Mesir.
Derma yang diberikan oleh Salah itu dikhaskan kepada hospital yang dikhaskan untuk merawat kanser untuk kanak-kanak.
Tujuan derma itu dilakukan Salah adalah untuk menbantu kanak-kanak yang mengalami penyakit kanser terutamanya penyakit kanser tulang di negara tersebut.
Keputusan itu dibuat selepas sebelum ini Salah telah terlibat dalam satu usaha membiayai pembedahan seorang kanak-kanak di Mesir.
Kanak-kanak itu mengalami kanser tulang dan Salah telah membayar sebahagian daripada yuran perubatan kanak-kanak itu untuk mengurangkan beban keluarganya.
Salah dan kerja kebajikan merupakan satu perkara yang bukan asing lagi.
Hal ini kerana, Salah sebelum ini pernah menghulurkan bantuan kepada Persatuan Pemain Veteran Mesir dengan misi untuk menbantu 120 keluarga bekas pemain Mesir yang kurang berkemampuan.
Salah juga pernah menghadiahkan seorang peminat cilik dengan jersi Liverpool selepas gambar kanak-kanak itu bergambar dengan jumper dengan tertera nama Salah yang menggunakan pen menjadi tular.
Semoga budi yang dilakukan Salah ini diberikan ganjaran yang setinggi-tingginya.