Kali terakhir Buriram menang dalam perlawanan ACL adalah pada Mei 2015, ketika menentang Guangzhou R&F. Selepas itu 8 perlawanan terakhir mereka di ACL tanpa kemenangan. Hanya seri 2 kali dan kalah 6 kali sejak 2016.
Dalam perlawanan ACL 2018, kumpulan G, Buriram membuktikan mereka mampu menjelmakan kemenangan dalam kempen ACL.
Pasukan Cerezo Osaka hadir dengan status pasukan ke-3 terbaik di Jepun untuk kempen Liga J 2017.
Buriram di hadapan pada minit ke-2, menerusi Andres Tunez. Beliau menyempurnakan hantaran Korrakot Wiriyaudomsiri.
Cerezo bergelut untuk mencari gol penyamaan. Pasukan Buriram tampil dengan permainan lebih defensif. Mereka menguasai 58% perlawanan pada separuh masa pertama hanya mampu melakukan 3 percubaan ke arah gol dan 2 percubaan tepat.
Sebagai perbandingan pasukan tuan rumah, hanya ada 1 percubaan tepat dan ia terus menjadi gol.
Bersambung babak kedua, Cerezo menggandakan asakan. Namun, Bruno Da Silva menembusi gawang gol mereka dengan jaringan ke-2 pada minit ke-54.
Pada minit ke-76, Buriram terpaksa bermain 10 orang selepas Jakkaphan Kaewprom dilayangkan kad kuning ke-2. Kelebihan seorang pemain dimiliki Cerezo Osaka masih belum mampu untuk membantu mereka melakukan kebangkitan dalam perlawanan ini.
Sepanjang perlawanan mereka sukar untuk mencipta peluang gol kerana disiplin bertahan Buriram yang sangat baik. Buriram menang 2-0. Dan membolehkan mereka mengutip 4 mata daripada 3 perlawanan pertama.
Kumpulan ini juga menempatkan Jeju United dan Guangzhou Evergrande, mata yang sama dengan Cerezo. Namun kedudukan semasa Buriram di tangga ke-2 dengan perbezaan jaringan.