Jeonbuk Belasah Pato Dan Rakan-Rakan Dengan Skor 6-3

Tianjin Quanjian menurunkan Alexandre Pato dan Axel Witsel dalam pertembungan dengan gergasi Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motor. Ini adalah pertembungan pertama kedua-dua pasukan di dalam sejarah.

Pato adalah pemain yang menerima £4.7 setahun hanya mampu meratapi pasukan beliau melepaskan gol demi gol kepada pasukan lawan.

Segalanya bermula baik untuk Tianjin apabila Zhang Cheng meletakkan mereka terlebih dahulu di hadapan pada minit ke-10.

Namun selepas itu pasukan tuan rumah membalas dengan 6 gol termasuk hatrik daripada Kim Shin Wook. Ketinggalan 6-1 di belakang, Tianjin menjaringkan 2 gol dalam 20 minit terakhir menerusi Zhao Xuri dan Alexandre Pato.

Pasukan tuan rumah ternyata pasukan yang lebih baik dalam perlawanan ini dengan aksi yang lebih dominan. Mereka melakukan 20 percubaan ke arah gol berbanding dengan Tianjin yang hanya melakukan 11 percubaan ke arah gol.

Tamat perlawanan, Jeonbuk Hyundai Motors menang 6-3 dalam aksi yang sangat baik untuk pasukan bimbingan Choi Kang Hee.

Kemenangan ini meneruskan rekod sempurna Jeonbuk dalam ACL musim ini dengan 3 kemenangan daripada 3 perlawanan. Tainjin Quanjian pula kini dijarakkan dengan 5 mata daripada Jeonbuk yang berada di tangga teratas.

Tianjin Quanjian pastinya sedar mereka kini perlu bersaing dengan Kashiwa Reysol, selain daripada Jeonbuk untuk mara ke pusingan kalah mati.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN