Hazard Tak Gembira Dengan Taktikal Dan Peranan ‘False 9’ Menentang Man. City

Bercakap kepada akhbar LHN di Belgium, Eden Hazard percaya, beliau boleh bermain selama 3 jam menentang Manchester City tetapi dalam masa itu, beliau masih tidak menerima bola daripada rakan beliau.

Eden Hazard ternyata kurang gembira dengan taktikal Antonio Conte di dalam perlawanan tersebut. Pemain-pemain Chelsea hanya diarahkan untuk mengurangkan penguasaan bola Manchester City dan cuba melancarkan serangan balas dengan hantaran panjang dari belakang.

Beliau juga percaya, Chelsea tidak bermain dalam taktikal terbaik di dalam perlawanan itu berdasarkan kekuatan pasukan yang mereka miliki.

Eden Hazard diarahkan bermain 9 jadian dalam perlawanan tersebut dan sangat minima impak yang beliau jelmakan. Hazard ‘isolated’ sepanjang perlawanan dan kurang mendapat servis daripada rakan beliau.

“Saya meninggalkan padang, dan merasakan sudah berlari sangat banyak, tetapi anda tidak bermain banyak bola sepak. Jadi, kami boleh bermain di sana 3 jam (dengan berlari), dan saya tidak akan menyentuh bola.”

“Kami cuma bermain lebih baik pada babak akhir perlawanan dalam 10-15 minit terakhir. Kami sepatutnya cuba melakukannya sepanjang perlawanan.”

Jika dalam analisis taktikal kami sebelum ini, kami menyatakan Eden Hazard kerapkali diturunkan sebagai false 9 tetapi dalam tempoh itu, beliau gagal menyerlah dalam peranan itu.

Baca juga: Analisis Taktikal Manchester City vs Chelsea (1-0)

Dalam kenyataan kepada akhbar LHN, Hazard memberitahu beliau sebenarnya tidak gemar dengan peranan 9 jadian itu. Beliau berkata:

“Saya tak tahulah. Apabila pengurus nak saya bermain di depan, saya akan cuba buat yang terbaik. Kami gagal bermain baik. Secara peribadinya, agak sukar untuk bermain baik apabila anda hanya menyentuh bola 3 kali sahaja.”

Baca juga: Anda Berminat Bermain 9 Jadian? Aksi Firmino Ini Mungkin Boleh Membantu Anda

“Sukar untuk saya bermain peranan itu berhadapan dengan pemain tinggi seperti Otamendi dan Laporte.”

Daripada kenyataan tersebut, kita boleh simpulkan Eden Hazard memang kurang cakna dengan peranan itu. Ini kerana false 9 seperti Messi berbadan kecil tetapi mereka tetap efektif.

Banyak kerja yang Conte harus buat untuk membentuk Eden Hazard menjadi false 9 yang baik. Beliau juga merasakan, mereka sepatutnya membawa karakter permainan ketika berhadapan dengan Barcelona ke Etihad.

“Menentang Barcelona, ianya perlawanan sukar tetapi kami tetap berjaya mencipta beberapa peluang dan perlawanan itu kami boleh jaringkan beberapa gol lagi. Hari ini, kami tidak mencipta apa-apa peluang.”

“Ianya sukar untuk mencari jawapan kepada desakan (pressing) daripada mereka (City). Setiap kali kami mendapat bola mereka terus mengepung kami. Kami juga banyak kali gagal melakukan hantaran mudah.”

“Kami tak bermain baik, dan kami akan berusaha keras untuk bermain lebih baik minggu depan.”

Olivier Giroud memahami kesengsaraan Eden Hazard di dalam padang. Beliau berkata:

“Kita semua tahu, senang untuk kita kata, Eden gagal membuat keputusan yang baik. Tapi jika situasi itu menjadi gol, kita akan cakap, dia membuat keputusan yang baik.”

Giroud juga menghormati keputusan jurulatih untuk menurunkan sesiapa sahaja di dalam padang. Ini selepas Conte dikritik kerana menyimpan Giroud dan Morata di bangku simpanan.

“Hari yang sukar untuk Eden, tetapi saya bukannya jurulatih. Jurulatih yang membentuk pasukan. Kami harus hormatinya dan tugas kami adalah memberikan yang terbaik, tak kira siapa sahaja di dalam padang.”

“Kami ada beberapa pemain hebat dan pasukan yang hebat. Hari ini, Manchester City berhak menang.”

Selain daripada Hazard, Marcos Alonso turut kritkal dengan pasukan mereka.

“Pasukan ini ada kualiti dan kami seharusnya bermain lebih baik daripada ini. Saya tak rasa kami dalam keadaan terbaik dalam perlawanan ini.”

“Saya rasa, masalah sikap kami harus diperbaiki segera kerana kami ada 9 baki perlawanan untuk mengejar 4 teratas.”

“Sekali lagi saya katakan, kami tiada masalah dari segi kualiti, kami buktikannya dalam banyak perlawanan musim ini. Misalnya dalam perlawanan menentang Barcelona.”

“Kami gagal mencapai standard seperti itu kerana sikap kami.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN