Bonucci Menghubungi Ranocchia Untuk Menangguhkan Derbi Kerana Astori

Corriere Della Sport melaporkan kapten AC Milan, Leonardo Bonucci terus menghubungi kapten Inter Milan, Andrea Ranocchi dan menyatakan bahawa pemain-pemain AC Milan mahu menangguhkan perlawanan Derbi Milano di antara AC Milan dan Inter Milan hujung minggu lalu.

Ianya bukan mudah kerana segala persediaan perlawanan sudah dirancang. Ramai penyokong dan petugas media dari luar bandar Milan dari seluruh dunia sudah berkampung di Milan untuk menyaksikan derbi itu.

Ranocchia menyambut baik cadangan itu dengan menyatakan bahawa pemain-pemain Inter Milan juga tidak mahu bermain pada hari itu untuk menghormati Davide Astori.

Pemain-pemain AC Milan dan Inter Milan mencapai persetujuan itu dan memanjangkannya kepada pengurusan kelab mereka. Pihak pengurusan kelab kedua-dua pasukan menerima cadangan itu.

Persetujuan itu dicapai oleh semua pihak di AC Milan dan Inter Milan sebelum pengumuman oleh ketua komisioner perlawanan, Malago beberapa jam selepas itu.

Semua perlawanan Serie A minggu lalu dibatalkan kecuali 3 perlawanan yang berlangsung awal sebelum kematian Astori.

Inter Milan akan kembali berlatih hari ini untuk persedian berhadapan Napoli hujung minggu ini.

Manakala AC Milan terpaksa memulakan latihan pada Isnin dalam keadaan berkabung, ini kerana mereka ada perlawanan UEL menentang Arsenal pada Khamis di San Siro.

Corriere Della Sport turut melaporkan kesemua pemain di Itali tidak mahu bermain pada minggu lalu selepas kematian Davide Astori.

Serie A akan menetapkan satu tarikh baru bagi perlawanan Derbi Della Madonnina ke-168. Ianya bukan mudah kerana ia adalah perlawanan dengan acara yang besar. Selepas penetapan tarikh itu, jualan tiket terus akan dibuka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN