Bekas bintang Real Madrid, Wesley Sneijder mengumumkan persaraan di pentas antarabangsa semalam dan membuat keputusan untuk tidak mewakili skuad kebangsaan Belanda di masa yang akan datang.
Keputusan itu diambil pemain berkenaan susulan perbincangannya dengan pengurus baharu Belanda, Ronald Koeman yang menemuinya di Qatar, kata Persatuan Bolasepak Belanda (KNVB) dalam satu kenyataan.
I feel proud and honoured to have been able to play for my country for 15 years, 9750 minutes, 133 games, 85wins, 31 goals.
Football is my all time passion. Good luck to the next generation. Give 100% always!Untill we meet again ⚽️🔥🧡🦁 #OnsOranje 🎥NOS pic.twitter.com/CEWoGzs1dl
— Wesley Sneijder (@sneijder101010) March 4, 2018
“Wesley adalah seorang daripada pemain kebangsaan terbaik Belanda, pemain yang menakjubkan dengan sikap hebat.
“Tetapi saya mahu membina pasukan baharu dan kerana itu saya perlu membuat pilihan,” kata Koeman dalam kenyataan berkenaan.
Bintang Belanda yang pernah beraksi bersama Real Madrid dan Inter Milan, Wesley Sneijder melengkapkan perpindahan ke kelab Qatar bulan Januari lepas. Kelab Qatar tersebut ialah Al Gharafa.
Antara rakan sepasukan Wesley dalam skuad itu ialah bekas pemain Manchester City, Vladimir Weiss. Pemain berasal dari Slovakia itu juga pernah beraksi bersama Bolton Wanderers.
#الغرافة يقدم "شنايدر" في حفل يجمع الماضي بالحاضر 💛💙
⬇️
https://t.co/eBZDjqErh8 pic.twitter.com/xDBizar7MF— AL GHARAFA SC | نادي الغرافة (@ALGHARAFACLUB) January 7, 2018
“Paling utama adalah saya faham yang Koeman mahu memulakan era baharu dengan pemain-pemain yang baharu, lebih muda.
“Kami bercakap mengenai perkara ini secara terbuka dalam perbincangan yang penuh dengan semangat setia kawan dan saya menghormati keputusannya,” kata Sneijder.
KNVB berkata, mereka sedia berbincang dengan Sneijder kemungkinan memberinya tugas bersama skuad kebangsaan selepas berhenti bermain selain memenuhi semua kriteria untuk menjadi jurulatih.
Pada Jun lalu, Sneijder mencipta rekod baharu apabila menjadi pemain Belanda paling banyak beraksi bersama skuad kebangsaan iaitu 131 penampilan dengan kali terakhir bermain adalah pada November lalu yang juga penampilan ke-133.
Dia membuat penampilan pertama di pentas antarabangsa bersama skuad Belanda pada 2003 dan berada dalam skuad yang menjadi naib juara Piala Dunia di Afrika Selatan pada 2010.- Reuters