Kenyataan Terbaru Courtois Bayangkan Perbalahan Dengan Antonio Conte

Thibaut Courtois jelas tidak gembira dengan pengurus, Antonio Conte yang bertindak mengeluarkan Eden Hazard ketika Chelsea tewas 2-1 kepada Manchester United di saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada hujung minggu lalu.

Hazard dikeluarkan oleh Conte untuk digantikan dengan Pedro Rodriguez pada minit ke-73 perlawanan yang berlangsung di Old Trafford itu.

(Photo by Matthew Ashton – AMA/Getty Images)

Dua minit selepas Hazard dikeluarkan, Jesse Lingard tampil menjaringkan gol kemenangan Manchester United.

Courtois jelas tidak berselindung terhadap kekecewaan berikutan kekalahan tersebut, tatkala kontrak penjaga gol tersebut masih belum dimuktamadkan selepas laporan mengatakan Real Madrid turut berminat mendapatkan khidmat pemain antarabangsa Belgium itu.

Chelsea’s Eden Hazard is substituted during the Premier League match at Old Trafford, Manchester. (Photo by Martin Rickett/PA Images via Getty Images)

Ketika bercakap kepada stesen radio Belgium, Play Sports, Courtois dipetik sebagai berkata:

“Selepas menjaringkan gol, kami melepaskan pendahuluan hasil gerakan balas pantas lawan. Pada separuh masa kedua, kami tidak mengawal bola dengan banyak. Namun kami masih tidak patut tewas dalam perlawanan ini.”

“Jika anda gagal melihat perkara yang kecil dalam perlawanan sebegini, anda akan tewas. Itulah yang berlaku di Old Trafford.”

(Photo by Catherine Ivill – AMA/Getty Images)

“Saya tidak faham mengapa pengurus mengeluarkan Hazard. Saya langsung tidak menjangkakan Hazard akan dikeluarkan, tetapi ia adalah keputusan pengurus. Beliau wajar memberi penjelasan untu itu.”

“Saya langsung tidak tahu apa yang beliau fikirkan. Pemain seperti Hazard seharusnya beraksi selama 90 minit. Hazard sentiasa mampu untuk membantu melakukan lebih banyak serangan” ujar penjaga gol berusia 25 tahun itu.

(Photo by Simon Stacpoole/Offside/Getty Images)

Keputusan Conte mengeluarkan pemain paling efektif di dalam pasukannya mengundang kritikan pelbagai pihak. Kekalahan kepada Manchester United turut meletakkan Chelsea di tangga kelima EPL.

Kritikan terbuka oleh Courtois turut mengundang pertanyaan, sama ada krisis kepercayaan mulai melanda hubungan pemain-pengurus, sepertimana yang berlaku di era pengurus-pengurus lain sebelum itu termasuk Jose Mourinho.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN