Diaz Punyai Masalah Besar Jika JDT Tahan ITC

Bekas penyerang kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Jorge Pereyra Diaz tidak boleh didaftarkan oleh mana-mana kelab bola sepak lain tanpa sijil pelepasan antarabangsa (ITC).

Pengarah Urusan Action Football Asia (Malaysia) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah (gambar bawah) berkata ITC hanya boleh diperolehi oleh Diaz selepas semua dokumen termasuk salinan passport, salinan kontrak lama dan kelab baharu, dan surat pelepasan dari kelab terdahulu dimuatnaik secara atas taian ke dalam Transfer Matching System (TMS).

“Diaz boleh pergi ke mana-mana kelab lain yang beliay suka. Tetapi apabila tiba masa untuk menampilkan ITC, maka beliau akan menghadapi masalah jika ia tidak dimuatnaik ke dalam sistem TMS.”

“ITC hanya boleh diperolehi melalui TMS, yang mana segala urusannya adalah secara atas talian. Ini bermakna, tiada pemalsuan atau manipulasi boleh dilakukan,” jelas Effendi.

Dalam satu kenyataan yang mengejutkan ramai pemerhati bola sepak di dalam negara semalam, Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards mengumumkan Diaz sudah tidak bersama juara Liga Super Malaysia selama empat musim berturut-turut itu.

Ini berikutan tindakan pemain tersebut meninggalkan hotel penginapan pasukan di Singapura, sebelum penerbangan ke Vietnam untuk perlawanan peringkat kumpulan Piala AFC.

Pemilik JDT, DYAM Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut tampil melalui kenyataan di dalam satu video khas untuk menjelaskan kejadian sebenar kemelut yang melanda pasukan tersebut.

Antara yang didedahkan oleh baginda ialah campurtangan jurulatih kecergasan, Fernando Gonzalez yang menimbulkan pertelingkahan di dalam pasukan.

Selepas apa yang berlaku, Effendi berkata sebaliknya kuasa berada di tangan JDT, samaada akan mengambil tindakan terhadap Diaz atau tidak, termasuk dengan menahan ITC pemain itu.

“Jika benar Diaz melarikan diri, kelab boleh ambil tindakan kerana dia sudah melanggar kontrak dan JDT boleh menuntut bayaran pampasan.”

“Sekiranya pemain itu tidak bayar, kelab juga boleh bertindak tidak melengkapkan dokumen untuk dia mendapatkan ITC, sekali gus tidak boleh bermain dengan pasukan lain.”

“Namun kelab memerlukan alasan yang kukuh untuk dimaklumkan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA),” jelas Effendi.

Spekulasi oleh beberapa portal online di dalam negara mengatakan Diaz mungkin akan menyertai Persib Bandung untuk menyertai bekas pengendali JDT, Mario Gomez.

Effendi turut menyokong keputusan TMJ melepaskan Diaz kerana tiada keperluan untuk pihak kelab menyimpan seorang pemain yang tidak meletakkan hatinya kepada pasukan.

“Pemain tidak boleh bertindak macam itu dan seperti yang Tunku Ismail katakan, tiada pemain lebih besar dari kelab. Jadi tindakan Tunku Ismail itu adalah wajar, tidak kira dia pemain bintang sekali pun.”

“Bagi saya, pemain perlu berbincang dengan pengurusan dan hormati kelab. Jika dia tinggalkan begitu saja, kelab yang jadi mangsa, nak dapatkan pemain baru pun jendela perpindahan belum dibuka lagi,” katanya.

Sehingga artikel ini dilaporkan, JDT belum lagi memberi sebarang kenyataan berkenaan status ITC pemain tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN