Ray Parlour: Arsenal Seharusnya Bawa Masuk Patrick Vieira Gantikan Wenger

Kebanyakan para penyokong dan bekas pemain Arsenal jelas sudah tidak mampu bersabar lagi dengan pengurus kelab, Arsene Wenger dan mahukan pengendali veteran itu digantikan.

Bekas pemain Arsenal sekitar tahun 1992 hingga 2004, Ray Parlour turut berpendapat sedemikian dan menyifatkan bekas ketua pasukannya, Patrick Vieira adalah calon yang sesuai bagi mengisi jawatan yang sekian lama diduduki Wenger.

Parlour berkata kepada Sky Sports: ”Kelab ini memerlukan perancangan di belakang tabir buat masa ini.”

”Mereka boleh memilih untuk menggunakan pengurus yang kurang berpengalaman seperti Patrick Vieira atau Thierry Henry.”

”Atau mereka membawa masuk seseorang yang berpengalaman dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah seperti Diego Simeone.”

29 Apr 2002: Ray Parlour and Patrick Vieira of Arsenal clash with Youri Djorkaeff of Bolton during the Bolton Wanderers v Arsenal FA Barclaycard Premiership match from the Reebok Stadium, Bolton. DIGITAL IMAGE Mandatory Credit: Gary M. Prior/Getty Images

”Jelas sekali mereka juga mempunyai pilihan seperti Carlo Ancelotti yang telah membimbing beberapa kelab gergasi di dunia.”

”Tetapi seorang yang akan saya pilih bagi mencuba nasibnya dan saya rasakan dia perlu diberikan masa, ialah Patrick Vieira,” ujar Ray Parlour memberikan sokongan terhadap bekas kapten dan rakan sepasukannya.

”Beliau kini sedang mengurus pasukan di New York City. Dia tahu mengenai kelab ini (Arsenal) dengan cukup baik dan juga mengetahui tentang sejarah kelab ini.”

”Dengan kehadiran Vieira juga dapat menarik minat pemain nama-nama besar untuk menyertai kelab dan para peminat turut akan memberikan peluang buat dirinya dengan baik.”

Patrick Vieira terjun ke bidang kejurulatihan selepas bersara pada tahun 2011 dan menjadi Eksekutif Pembangunan Bola Sepak di Akademi Manchester City, kelab terakhir yang diwakilinya.

Beliau kemudiannya berkelana ke Amerika Syarikat untuk bergiat aktif dalam Major League Soccer (MLS) setelah dilantik menjadi pengurus New York City pada tahun 2015.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN