Pertembungan Arsenal & AC Milan Jadi Tumpuan Dalam Pusingan 16 Terbaik Liga Europa

Undian bagi pusingan 16 terbaik Liga Europa telah dijalankan semalam dan pertembungan diantara Arsenal dan AC Milan sudah pasti akan menjadi tumpuan utama peminat bola sepak.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi kompetitif adalah ketika saingan Liga Juara-Juara Eropah 2012.

Arsenal cuba bangkit dari ketinggalan 4-0 pada perlawanan pertama di San Siro.

Usaha mereka hampir membuahkan hasil apabila berjaya menjaringkan tiga gol di laman sendiri, tetapi ianya masih belum cukup untuk menggagalkan impian AC Milan ke suku akhir.

Laurent Koscielny menjadi satu-satunya pemain Arsenal ketika ini yang beraksi buat Arsenal pada perlawanan tersebut dimana beliau turut menjaringkan gol pembukaan pada perlawanan kedua itu.

Kini, Arsenal dan AC Milan akan kembali berentap namun hanya dibezakan dengan kejohanan yang disertai.

Skuad bimbingan Gennaro Gattuso itu akan menjadi tuan rumah pada perlawanan pertama yang dijadualkan berlangsung 8 Mac nanti.

Sementara itu, Arsenal bakal melayani kunjungan wakil Itali itu pada 15 Mac.

Dalam perkembangan undian pasukan yang lain, Lazio bakal membuat perhitungan dengan gergasi Ukraine, Dynamo Kyiv.

RB Leipzig serta Borussia Dortmund yang akan membawa cabaran Jerman diundi bagi menentang Zenith Saint Petersburg dan FC Salzburg.

Pasukan pilihan, Atletico Madrid pula akan bertemu Lokomotov Moscow.

Berikut adalah keputusan undian penuh perlawanan pusingan 16 terbaik Liga Europa:

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN