AFC Beri Lampu Hijau FMLLP Potong Mata Pasukan

AFC

Dalam satu laporan yang disiarkan oleh Berita Harian semalam, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berkata mereka tidak mempunyai sebarang masalahs sekiranya Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) mengambil tindakan memotong mata pasukan yang gagal melengkapkan pendaftaran pasukan.

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Setiausaha Agung badan induk bola sepak Asia itu, Datuk Windsor Paul John.

Menurut beliau, AFC menganggap tidak melihat tindakan oleh FMLLP itu sebagai masalah atau pun dijadikan isu kerana hukuman tersebut sudah ditetapkan dalam peraturan liga di peringkat domestik.

Melalui laporan yang disiarkan oleh akhbar nasional itu, Datuk Windsor Paul John dipetik sebagai berkata:

“Mengenai hukuman itu (pemotongan mata), itu adalah peraturan liga domestik. Kalau ia sudah menjadi peraturan, maka tiada pilihan lain selain melaksanakan undang-undang yang sudah ditetapkan.

“Ini peraturan domestik untuk masalah domestik. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mahupun FMLLP selaku badan pentadbir liga boleh mengambil apa saja langkah yang dilihat boleh membantu mereka,” katanya ketika dihubungi oleh wartawan Berita Harian.

Sumber: FMLLP, Facebook

Pada Isnin lalu, FMLLP mendedahkan 6 psaukan gagal melengkapkan pendaftaran masing-masing, walaupun diberikan tiga peluang untuk berbuat demikian.

Manakala empat pasukan lagi telah berjaya melengkapkan pendaftaran masing-masing, namun selepas tarikh tutup yang ditetapkan oleh badan pentadbir bola sepak negara tersebut.

Dua daripada pasukan yang gagal melengkapkan pendaftaran ialah pasukan daripada Liga Super Malaysia, iaitu Kuala Lumpur FA dan Kelantan FA.

Sumber: FMLLP, Facebook.

Empat lagi pasukan dari Liga Premier ialah Sarawak FA, Penang FA, PDRM FA dan juga Kuantan FA. Empat pasukan yang menyiapkan pendaftaran melangkaui tarikh tutup ialah Selangor FA, PKNS FC, MIFA dan juga UKM FC.

Pada musim lalu, beberapa pasukan ditolak sehingga enam mata oleh FMLLP disebabkan isu dan permasalahan yang sama. Hukuman berat dijangka menanti enam pasukan yang sehingga kini masih gagal melengkapkan pendaftaran masing-masing.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN