TERKINI: SPRM Bebas Dua Pemain Sarawak FA Tanpa Pertuduhan

Dua pemain Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) yang ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibebaskan tanpa sebarang pertuduhan selepas tamat tempoh tahanan terhadap dua pemain tersebut.

Kedua-dua pemain Sarawak FA tersebut ditahan oleh SPRM pada minggu lalu susulan dakwaan (kenyataan media), terdapat unsur mengatur perlawanan yang disiarkan FAS sehari selepas Sarawak tumpas mengejut kepada Felcra FC di dalam perlawanan Liga Premier.

Tiga individu yang disyaki terlibat, termasuk dua pemain skuad Liga Premier Sarawak.

Dua pemain tersebut, pemain pertahanan tengah, Mazwandi Zekeria dan pemain tengah, Mohammad Hafiz bin Abu Bakar ditahan reman oleh SPRM di kediaman masing-masing pada 14 Februari lalu.

Turut ditahan ialah seorang lagi lelaki yang disyaki perantara di dalam kes itu.

Ketiga-tiga suspek diarahkan oleh Majistret Portia Tham Ong Leng ditahan, sebelum kes disebut semula pada hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, kumpulan Ulras Sarawak yang dikenali sebagai GB13 turut memberikan kenyataan rasmi berkaitan pembebasan kedua-dua pemain tersebut.

Sambil mengucapkan terima kasih kerana siasatan dan ketelusan SPRM Sarawak dalam siasatan tersebut, GB13 mahukan pihak FAS bertanggungjawab terhadap tuduhan yang dianggap tidak mempunyai asas tersebut.

Hadir di perkarangan mahkamah, ketiga-tiga pemain dan suspek yang disyaki bookie, disambut dengan tepukan gemuruh oleh sahabat handai, keluarga dan penyokong bola sepak Sarawak.

Berdasarkan muat naik di Facebook kumpulan Ultras Sarawak tersebut, pihak ketiga yang disyaki sebagai bookie, hanyalah seorang penyokong bola sepak biasa yang bernama Aiman.

Ketika dihubungi oleh pihak kami, GB13 membayangkan mereka bersedia untuk membela nasib kedua-dua pemain tersebut dengan menyediakan khidmat guaman yang diperlukan.

Susulan itu, satu sidang media khas akan diadakan oleh GB13, wakil perundangan dan kedua-dua pemain tersebut di Hotel Waterfront, Kuching pada jam 10am pagi esok berkenaan tindakan selanjutnya.

Keluarga dan penyokong di luar mahkamah.

Wakil media dijemput hadir bersama untuk mengikuti perkembangan berkenaan isu ini.

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada FAS mahupun FMLLP disiarkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN