FA Scotland Bentuk Organisasi Bola Sepak Khas Untuk Pemain Kelainan Upaya

Kelainan upaya

FA Scotland mengukir sejarah apabila menubuhkan satu organisasi khas untuk bola sepak yang pemainnya terdiri daripada orang kelainan upaya (OKU). Organisasi yang dinamakan ‘Scottish Para-Football Association’ ini ditubuhkan secara rasmi semalam.

Organisasi itu akan memberi peluang kepada pemain yang mempunyai kelainan upaya bermain bola sepak. Antara kelainan upaya disenaraikan ialah pekak, kesihatan mental dan bertubuh kerdil.

Selain itu juga, ketidakupayaan belajar turut dimasukkan dalam senarai kelainan upaya itu.

Liga sendiri

Menurut pegawai FA Scotland, mereka menubuhkan organisasi itu untuk memberi peluang kepada mereka bermain bola sepak. FA Scotland akan menyuntik dana untuk melancarkan pergerakan organisasi itu.

Organisasi khas itu juga akan menubuhkan serta mengendalikan pertandingan liga untuk bola sepak pemain kelainan upaya. Mereka komited untuk melaksanakan konsep ‘Football For All’ di Scotland.

Badan induk itu juga membantu dalam proses kejurulatihan kepada jurulatih yang ingin melatih pasukan bola sepak seperti ini.

Serius

Antara salah satu bola sepak kelainan upaya. Sumber: Google Image.

Menurut jurucakap FA Scotland, mereka serius membangunkan pasukan bola sepak seperti ini. Mereka memberi peluang kepada pemain kelainan upaya ini menikmati keindahan bola sepak.

Difahamkan mereka persatuan bola sepak pertama dunia yang membangunkan pasukan khas ini secara serius. Malah, FA Scotland percaya pelaksanaan konsep seperti ini baik untuk bola sepak negara Scotland.

Tindakan FA Scotland ini harus dipuji. Namun masih terlalu awal untuk menilai sejauh mana pelaburan mereka berbaloi.

Sokongan badan bola sepak peringkat benua dan antarabangsa seperti UEFA dan FIFA amatlah diperlukan. Akan tetapi, satu masa yang lama perlu dipertimbangkan untuk mengesahkan kejayaan projek hebat ini.

Walau apa pun, sekalung tahniah kepada FA Scotland!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN