Piala FA England 2017/18: Olivier Giroud Cipta Jaringan Sulung, Bantu Chelsea Raih Kemenangan

Chelsea

Saingan Liga Perdana Inggeris berehat seketika minggu ini bagi memberikan ruang kepada aksi Piala FA yang telah memasuki pusingan ke-5.

Chelsea seperti dijangka tidak berdepan masalah untuk menumpaskan Hull City dengan keputusan 4-0 di Stamford Bridge awal pagi tadi.

Pemain antarabangsa Perancis, Olivier Giroud menjadi antara watak penting pada perlawanan ini selepas beliau menjaringkan jaringan sulung bersama Chelsea dan turut menghasilkan dua bantuan jaringan.

Kedua-duanya bagi membantu jaringan yang dilakukan Willian. Kesemua empat jaringan yang dicipta Chelsea hadir pada separuh masa pertama.

Willian membuka tirai jaringan seawal minit kedua perlawanan dengan meledakkan rembatan kaki kiri dari luar kotak penalti yang melencong cantik menewaskan penjaga gol Hull City, David Marshall.

Pedro Rodriguez terus melebarkan penguasaan buat tuan rumah apabila beliau yang menerima umpanan cantik dari rakan senegara, Cesc Fabregas tidak mensia-siakan peluang tersebut untuk jaringan kedua Chelsea pada minit ke-27.

Willian menambah jaringan kedua peribadinya pada perlawanan ini sekaligus yang ketiga buat skuad bimbingan Antonio Conte, juga menerusi satu rembatan jarak jauh yang terus menembusi gawang pelawat.

Gandingan dua pemain baru, Emerson Palmieri dan Giroud menggembirakan peminat apabila kedua-dua pemain tersebut terlibat dengan gol keempat.

Penjaga gol, Willy Caballero bertindak cemerlang setelah beliau berjaya menafikan sepakan penalti yang diambil oleh David Meyler.

Penjaga gol dari Argentina ini telah menikmati empat perlawanan tanpa dibolosi dalam sembilan perlawanan dilaluinya bersama Chelsea.

Menerusi satu gerakan dari sebelah kiri pintu gol Hull City, Emerson membuat hantaran lintang ke hadapan gol lalu disambar Giroud yang dengan tenang menyempurnakan peluang untuk jaringan sulung buat pemain berusia 31 tahun itu bersama kelab barunya itu.

Tambah manis jaringan ini terhasil di hadapan puluhan ribu peminat setia Chelsea.

Foto: Mail Online

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN