Nama ‘Old Trafford’ Bernilai £26 Juta Jika Dijual

Manchester United boleh menerima tajaan tambahan bernilai £26 Juta setiap musim, jika kelab tersebut bercadang untuk menjual hak penamaan Stadium Old Trafford kepada mana-mana pembida yang berminat.

Pada ketika ini, Manchester City menerima tajaan bernilai £19 Juta semusim untuk menamakan City of Manchester Stadium kepada Stadium Etihad pada Julai 2011, setelah memeterai perjanjian selama 10 tahun dengan Etihad Airways.

(Photo by John G/Allsport/Getty Images)

Nilai tersebut didedahkan oleh Trevor Birch, Ketua Unit Sukan UK di Duff & Phelps, melalui satu kajian yang dijalankan.

Birch yang pernah menjawat jawatan Ketua Eksekutif di Chelsea dan juga Everton berpendapat kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) mempunyai keupayaan komersil untuk menarik tajaan dengan menjual hak penamaan pada stadium masing-masing.

“Ia adalah satu topik yang menyentuh prihal emosi, terutama di negara ini. Tetapi ia juga merupakan salah satu bahagian pemasaran yang tidak digunakan untuk menarik keuntungan kepada kelab,” ujar Birch mengenai kemungkingan lebih banyak kelab di EPL untuk menjual hak penamaan stadium untuk tujuan keuntungan.

(Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Sejak beberapa musim, beberapa kelab EPL telah menjual hak penamaan stadium masing-masing untuk mendapatkan dana dan keuntungan tambahan.

Stadium milik Bournemouth misalnya, dikenali sebagai Dean Court sebelum menukarnya kepada Stadium Vitality.

Brighton & Hove Albion (American Express Community Stadium), Stoke City (bet365 Stadium), Huddersfield Town (John Smith’s Stadium), Leicester City (King Power Stadium), and Swansea City (Liberty Stadium), adalah antara beberapa contoh kelab EPL lain yang telah menjual hak penamaan kepada stadium masing-masing.

(Photo by Chris Vaughan – CameraSport via Getty Images)

Bagi sesetengah penyokong di bola sepak Inggeris, tidakan menukar nama stadium ibarat memadam sejarah dan gemilang silam kelab berkenaan.

Newcastle United yang menukar nama St. James Park kepada Sport Direct Arena pada 2011, mendapat kritikan penyokong mereka sendiri. Newcastle United kemudiannya kembali menggunakan nama asal stadium setelah penaja baru, Wonga.com mahukan nama asal pada stadium.

(Photo by Clive Rose/Getty Images)

Bagi nama seperti Old Trafford, ia  mungkin sudah terlampau sinonim dengan struktur stadium berkenaan untuk dijual atau dijenamakan semula.

Ia juga berbeza dengan Arsenal yang berpindah ke stadium baharu untuk dinamakan sebagai Stadium Emirates, ketika The Gunners meninggalkan Highbury pada 2006.

Namun demikian, penjualan hak penamaan stadium adalah salah satu idea menarik untuk menarik pelaburan dan dana ke dalam pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN