Saingan EFL Championship menjanjikan aksi yang seringkali memukau dan keputusan luar jangka. Untuk musim ini, Bristol City telah keciciran mata penting untuk mencabar slot promosi automatik.
Pada perlawanan kelmarin, mereka dilihat akan menewaskan Sunderland. Namun, Black Cats mengejar rapat skor dan mengubah keputusan perlawanan.
Bristanbul
https://www.youtube.com/watch?v=rsEyKcfWEOM
Bristol City mendahului 3-0 sehingga rehat separuh masa. Aden Flint menjaringkan satu gol seawal pada minit ke-5. Kemudiannya, Famara Diedhiou menambah dua gol untuk tuan rumah.
Gol tersebut dijaringkan pada minit ke-31 dan ke-37. Sunderland mula mendekati skor apabila meraih gol sendiri pemain Bristol City, Josh Brownhill pada minit ke-70.
Aidan McGeady memberikan harapan pasukan pelawat dengan gol pada minit ke-70. Sebelum minit-minit akhir perlawanan, seorang lagi pemain Bristol City terjaringkan gol sendiri.
Marlon Pack merupakan pemain Bristol City yang malang itu. Keputusan berkesudahan 3-3, malah terma Bristanbul mula menjadi viral setelah perlawanan tersebut. Terma itu mengambil inspirasi kepada perlawanan akhir UEFA Champions League pada 2005.
Difahamkan pengurus Bristol City, Lee Johnson agak berang dengan keputusan perlawanan tersebut.
Villa kejar Wolves
https://www.youtube.com/watch?v=tYsWu4cACRY
Dalam perlawanan derbi kota raya Birmingham, Aston Villa berjaya menewaskan Birmingham City. Dek kejayaan itu, Villa naik ke tangga kedua carta Championship.
Gol Villa dijaringkan oleh Albert Adomah pada minit ke-60. Pada minit ke-81, Conor Hourihane menambah gol untuk Villa.
Keputusan 2-0 kekal sehingga tamat permainan. Namun, perlawanan ini menyaksikan ketiadaan pengurus, Steve Bruce.
Steve Bruce diberikan cuti ihsan oleh kelab kerana bapanya meninggal minggu lepas.
Wolves selesa di kemuncak
Dengan 71 mata, Wolves dilihat selesa meninggalkan pencabar terdekat, Aston Villa. Mereka dipisahkan dengan 12 mata.
Namun persaingan untuk ke Premier League masih terbuka dan jauh. Segalanya masih mungkin tetap berlaku. Adakah Wolves akan keciciran mata atau akan ada kelab yang berjaya kembali ke Premier League?