Dollah Salleh Lega Pemain Manfaatkan Peluang, Cipta Kemenangan Pertama Musim Ini

Dollah Salleh

Pengendali pasukan Pahang, Dollah Salleh nyata tidak mampu menyembunyikan kegembiraan selepas pasukannya melakar kemenangan pertama dalam saingan unifi Liga Super musim ini.

Kemenangan 3-0 ke atas Kelantan di Kuantan semalam meletakkan Pahang kembali berada di landasan yang tepat untuk mencabar saingan liga musim ini.

Gol-gol skuad Tok Gajah dijaringkan oleh Francis Forkey Doe pada separuh masa pertama manakala dua gol lagi hadir pada separuh masa kedua melalui jaringan Mohamadou Sumareh dan Nor Azam Azih.

Dollah Salleh yang ditemubual oleh wartawan TV9 selepas tamat permainan yang dibawakan melalui siaran secara langsung di rangkaian Media Prima pada Sabtu nyata lega dengan persembahan yang dipamerkan anak-anak buahnya.

”Kehadiran Forkey Doe banyak memberi impak kepada jentera serangan pasukan kami dan akhirnya kami dapat menjaringkan gol selepas gagal melakukannya pada 2 perlawanan sebelum ini.”

”Pemain-pemain sudah mula menunjukkan peningkatan sejak perlawanan bertemu PKNS di Shah Alam, cuma peluang yang terhidang gagal diterjemahkan. Namun, mereka dapat memperbaikinya malam ini (Sabtu) dan seterusnya berjaya mendapatkan 3 mata berharga.”

Dalam pada itu dua gol yang dijaringkan oleh Forkey Doe dan Mohamadou Sumareh hadir melalui situasi bola mati sekaligus membuktikan Pahang masih memiliki keistimewaan menerusi situasi ini sejak beberapa musim lalu.

”Ya, pemain-pemain ternyata berjaya memanfaatkan peluang menerusi situasi ini. Kita banyak mendapatkan sepakan penjuru dan percuma ketika menentang PKNS FC, namun pemain tidak memanfaatkannya. Kami banyak melakukan latihan untuk memperkemaskan situasi bola mati dan akhirnya mereka (pemain) berjaya mendapatkan 2 gol malam ini (Sabtu).”

Sementara itu, pengendali Kelantan, Sathit Bensoh turut memuji persembahan pasukan Pahang dan akan memastikan tempoh rehat Liga Super yang bakal bersambung pada 23 Febuari nanti akan digunakan sepenuhnya untuk memperbaiki motivasi para pemain yang sedikit terkesan di atas kekalahan ini.

Naib juara Liga Super musim lalu itu akan bertemu Selangor di halaman lawan sementara Kelantan pula akan melayani kunjungan Perak di Kota Bharu pada 24 Febuari ini.

Foto: Pahang FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN