Safiq Rahim: “Kami Kalahkan Mereka 2-0 Hanya Dengan 2 Pemain Import”

Kapten pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim menyelar tindakan sesetengah individu yang mendakwa JDT memenangi Piala kerana menggunakan bantuan ramai pemain import.

Melalui kenyataan rasmi di laman facebook JOHOR Southern Tiger (JST), Safiq berkata ramai penyokong yang terlupa bagaimana pasukan itu mengalahkan lawan yang sama, 2-0 dengan berbekalkan hanya 2 pemain import di atas padang.

“Ramai yang mengatakan kami menang Piala Sumbangsih kerana terdapat begitu ramai pemain luar negara dalam padang, tetapi mereka lupa kami kalahkan mereka 2-0 dalam perlawanan Piala Malaysia dengan hanya menggunakan dua pemain luar negara dan semua pemain pertahanan kami adalah pemain tempatan.

Skuad JDT kali ini mempunyai 2 pemain berdarah campuran yang berada dalam kesebelasan utama iaitu Corbin Ong (Malaysia-Kanada) dan Natxo Insa (Malaysia-Sepanyol) serta diperkuatkan oleh 5 pemain import iaitu Harris Harun (Singapura), Gonzalo Canberra (Argentina-Iraq), Pereya Diaz dan Luciano Fugueroa (Argentina) dan Marcos Antonio (Brazil).

“Pemain luar yang bermain untuk pasukan kami adalah pemain naturalisasi iaitu berdarah campuran dari Malaysia, bukannya pemain luar yang diberikan kerakyatan Malaysia.

“Jikalau pasukan lain yang lakukan, ia tidak akan menjadi isu besar tetapi oleh kerana kami adalah Johor Darul Ta’zim, maka semua perkara akan dijadikan isu.

“Tapi tak mengapa, kami dah biasa dengan situasi sebegini,” jelas Safiq dalam kenyataan tersebut.

JDT kini mengutip 6 mata selepas 2 perlawanan unifi Liga Super Malaysia 2018 dan masih belum tewas setakat ini.

Skuad Harimau Selatan itu sempat menjuarai Piala Sumbangsih selepas menewaskan Juara Piala FA 2017, Kedah, 2-1 di Stadium Larkin minggu lepas.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN