Andik Vermansah Perkuatkan Jentera Serangan Kedah

Laman facebook rasmi Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) semalam mengumumkan kemasukan pemain sayap skuad kebangsaan Indonesia, Andik Vermansah bagi mengisi kuota pemain import Asean skuad Helang Merah.

Menurut KFA, pemain sayap lincah ini menjadi rebutan 6 kelab di liga Indonesia dan akhirnya memutuskan skuad hijaukuning sebagai destinasi perjuangan bagi musim ini.

“Pengesahan kontrak dan pendaftaran beliau dimaklumkan oleh Football Malaysia LLP petang tadi selepas proses termeterainya kontrak dan pemeriksaan perubatan diselesaikan semalam di Alor Setar.

“Andik akan menyarung jersi bernombor 30 pada musim ini.

“Dengan berita ini, tertutuplah spekulasi kuota import Asean skuad hijaukuning dan kini muktamad semua 5 kuota import didaftarkan oleh KFA,” kata kenyataan rasmi daripada laman facebook KFA.

4 pemain import yang lain ialah Sandro Medonca, Liridon Krasniqi, Alvaro Silva dan Pablo Paralles.

Andik diperkenalkan kepada para pemain dan barisan kejurulatihan Kedah pada sesi latihan pagi tadi. FOTO: KFA

Pengurus Kedah, Syed Khairul Anuar Syed Abidin berharap kehadiran bekas pemain import Selangor itu akan memberi impak dalam jentera serangan pasukan itu.

“Kami berharap dengan kehadiran Andik yang akan menyarung jersi bernombor 30 musim ini akan memantapkan lagi jentera serangan kami.

“Kami yakin dia akan cepat serasi dengan corak permainan kami seterusnya memberi suntikan motivasi kepada semua pemain dan penyokong yang mengharapkan kebangkitan Kedah selepas tewas dalam dua perlawanan sebelum ini.” katanya kepada Berita Harian.

Laporan akhbar tempatan tahun lepas menyebut Andik enggan pulang beraksi dalam saingan Liga Indonesia dan mahu terus beraksi dengan mana-mana pasukan Liga Super yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya setelah kontraknya bersama Selangor sudah berakhir.

Hal ini kerana beliau masih trauma dengan apa yang terjadi dalam bola sepak Indonesia.

Konflik pepecahan yang berlaku dalam skuad Persebaya masih menghantuinya. Beliau dan keluarganya pernah menjadi sasaran orang yang tidak dikenali melalui surat ugutan yang mengancam keselamatan keluarganya.

Walaupun konflik itu sudah berakhir, Andik masih tidak yakin dengan keadaan bola sepak Liga Indonesia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN