Bekas Pemain Era Sir Alex Ferguson Di Old Trafford, Liam Miller Meninggal Dunia

Bekas pemain tengah era Sir Alex Ferguson masih bergelar pengurus Manchester United, Liam Miller disahkan telah meninggal dunia akibat penyakit kanser pada usia 36 tahun.

Karier profesional Miller bermula bersama Celtic. Beliau kemudiaannya dibawa ke Old Trafford secara percuma oleh Sir Alex untuk memperkuatkan barisan tengah United pada 1 Julai 2004.

MANCHESTER, ENGLAND – DECEMBER 1: Liam Miller of Manchester United in action during the Carling Cup match between Manchester United and Arsenal at Old Trafford on December 1, 2004 in Manchester, England. (Photo by John Peters/Manchester United via Getty Images)

Penampilan pertama Miller bersama skuad The Red Devils tiba pada 11 Ogos 2004, apabila dibawa masuk untuk menggantikan Darren Fletcher pada minit ke-67 perlawanan dalam kemenangan 2-1 ke atas Dinamo Bucharest dalam pertandingan UEFA Champions League.

Empat hari kemudian, Miller melakukan penampilan sulung di Liga Perdana Inggeris (EPL), namun gagal membantu United daripada ditewaskan oleh 1-0 oleh Chelsea pada perlawanan pembukaan liga musim itu.

MANCHESTER, ENGLAND – JULY 20: Alan Smith (L) and Liam Miller (R) of Manchester United pose with Sir Alex Ferguson and a United shirt before a press conference to unveil United’s new signings Alan Smith and Liam Miller on July 20, 2004 at Carrington Training Ground in Manchester, England. (Photo by John Peters/Manchester United via Getty Images)

Sepanjang tempoh bersama Manchester United, Liam Miller telah tampil sebanyk 22 kali untuk skuad utama Manchester United sebelum mengubah arah dengan menyertai Leed, Sunderland, QPR, dan kembali ke Scotland untuk menyertai Hibernian.

Selepas itu, Miller sempat berkelana ke Australia selama tiga tahun sebelum menamatkan karier bola sepak bersama Wilmington Hammerheads Football Club di Amerika Syarikat.

Bekas pemain Manchester United ini juga pernah mengujakan peminat bola sepak di Malaysia apabila dilaporkan bakal menyertai skuad Bujang Senang pada musim 2015.

Skuad Bujang Senang pada ketika itu berada di bawah kendalian Robert Alberts, namun impian untuk melihat aksi Miller di Liga Malaysia tidak menjadi kenyataan.

Ireland’s Liam Miller and Chile’s Humberto Suazo (Photo by Mike Egerton – EMPICS/PA Images via Getty Images)

Manakala di peringkat antarabangsa, Miller turut pernah tampil sebanyak 21 kali untuk Republic of Ireland di antara tahun 2004 sehingga 2009.

Sejak disahkan menghidap barah pankreas pada tahun lepas, Miller terus kekal di Amerika Syarikat untuk menjalani rawatan.

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN