Dalam perlawanan saingan 100PLUS Liga Premier Malaysia 2018 di antara Johor Darul Takzim II (JDT II) dan UiTM FC tempohari, satu gol cantik telah berjaya dihasilkan oleh pemain UiTM FC, Nur Areff Kamarudin.
Beliau telah melakukan satu jaringan dengan sepakan padu dari kawasan centre spot.
Areff melakukan rembatan ala volley terus ke gawang pasukan JDT II yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol tuan rumah, Samuel Somerville.
Dalam perlawanan tersebut, UiTM FC berjaya mengikat JDT II 2-2 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Rabu lalu.
Pasukan tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi tandukan Muhammad Syafiq Ahmad melalui sepakan percuma dari Mohd Hasbullah Abu Bakar.
Tuan rumah terus menambah tekanan buat UiTM FC selepas berjaya menjaringkan gol kedua buat pasukan menerusi rembatan leret Daren Lok yang menewaskan penajga gol UiTM FC pada minit ke-30.
Pada babak kedua, UiTM FC yang dibimbing oleh Wan Mustaffa Wan Ismail melancarkan corak serangan dan mereka berjaya membolosi gawang tuan rumah menerusi Lucas Pugh dan Areff Kamarudin.
Jaringan tersebut juga kembali mengingatkan kita dengan jaringan yang berjaya dilakukan Amri Yahyah ketika perlawanan persahabatan skuad kebangsaan menentang Manchester United di Stadium Bukit Jalil pada tahun 2009.