Prestasi yang cemerlang bersama Liverpool ketika ini membuatkan nama Mohamed Salah menjadi perhatian beberapa kelab gergasi di Eropah.
Salah telah berjaya membantu Liverpool pada musim ini dengan berjaya menghadiahkan 28 gol secara peribadi.
Real Madrid antara pasukan yang tertarik untuk membawa pemain kelahiran Mesir ini ke Santiago Bernabue.
Selain Neymar, Salah juga menjadi sasaran utama Los Blancos untuk memperkuatkan jentera pasukan yang kini diketahui sedang bergelut dibawah kendalian Zinedine Zidane.
Salah yang ditemui media menjawab spekulasi beliau bersama Real Madrid selepas dirinya ditujukan beberapa soalan mengenai berita tersebut.
Salah berkata: ” Saya mengikuti La Liga dan turut menonton beberapa perlawanan pasukan. La Liga sebuah liga yang bagus, banyak pasukan-pasukan hebat disana dan cara corak pemainan disana amat kreatif.”
“Ketika ini, saya bersama Liverpool dan saya ingin menumpukan perhatian sepenuhnya bersama pasukan. Impian saya adalah mengakhiri musim ini dengan baik dan cemerlang di Anfield.” ujarnya.
Pemenang Anugerah Pemain Terbaik Afrika 2017 itu juga turut menolak andaian mengenai spekulasi berkaitan beliau bersama Real Madrid.
“Saya tidak banyak berkata tentang hal ini. Saya hanya boleh katakan, saya bahagia di Liverpool ketika ini.”
Mohamed Salah menyertai Liverpool dari AS Roma pada pertengahan tahun 2017 dengan yuran perpindahan sebanyak 36.9 juta pound.
Perpindahan ini sekaligus menjadikannya sebagai pemain kedua paling mahal ditandatangani kelab Merseyside itu selepas Virgil van Dijk yang berjaya memecahkan rekod tersebut pada musim ini.
Sebelum ini, rakan sepasukan Philippe Coutinho telah berhijrah ke La Liga bersama Barcelona. Pemain kelahiran Brazil berhijrah ke Camp Nou dalam yuran perjanjian € 160 juta semasa jendela pemindahan musim sejuk lalu.
Kenyataan dari Mohamed Salah ini sudah pastinya melegakan kem Liverpool tatkala beliau kini merupakan anatara tonggak penting dalam memacu kejayaan pasukan.