Previu MSL 2018: Pahang Waspada Ancaman Sang Semut Merah

Pahang

Keputusan seri yang dicatatkan kedua-dua pasukan dalam perlawanan pertama saingan unifi Liga Super baru-baru ini bakal menjadikan pertembungan menarik dalam usaha kedua-dua pasukan untuk melakar kemenangan pertama.

PKNS FC, meskipun terikat 2-2 dalam aksi pertama di Kuala Terengganu dilihat menampilkan persembahan yang agak menarik hasil dari 2 gol yang berjaya diledak di tempat lawan.

Manakala bagi skuad Tok Gajah pula, kegagalan jentera serangan menembusi kubu lawan sedikit mengusarkan kem kejurulatihan Pahang ditambah dengan kehadiran penyerang import baharu yang masih tercari-cari rentak permainan.

Rekod pertemuan

Secara keseluruhan, 6 pertemuan telah dilalui kedua-dua pasukan sejak mula bertemu pada musim 2013, menyaksikan Pahang menang 5 dari 6 perlawanan sekaligus mendominasi pertemuan melibatkan kedua-dua pasukan.

Daripada 5 kemenangan itu, 3 kemenangan adalah dicatatkan di tempat lawan menjadikan prestasi Pahang sedikit memberangsangkan ketika berhadapan PKNS di arena lawan.

Pemain tumpuan

Penampilan yang agak baik dipamerkan pemain tengah Pahang, Safuwan Baharudin sekali lagi bakal dijadikan azimat dalam menyerap serangan PKNS malam ini.

Di samping itu, kecekapan penjaga gol, Helmi Heliza yang menafikan 2 percubaan berbahaya penyerang Perak di Kuantan tempoh hari sudah pasti menjadi taruhan sebagai benteng terakhir Tok Gajah.

Bagi skuad kendalian Datuk K Rajagobal pula, gandingan 3 serangkai yang melibatkan penyerang muda negara, Mohammad Jafri Chew dan pemain berpengalaman, Mohd Safee Sali serta penyerang import, Rafael Ramazotti bakal menjadi taruhan untuk merobek gawang Pahang malam ini.

Selain itu, satu-satunya pemain tempatan yang berjaya menjaringkan gol dalam saingan pertama Liga Super lalu iaitu Mohammad Qayyum Marjoni Sabil turut menjadi tumpuan lensa kamera nanti.

Mampukah pemain ini sekali lagi meledak dalam pertemuan malam ini?

Sebelum wisel

Beberapa pemain yang dijangka menyinar dalam pertemuan pertama Pahang di Kuantan tempoh hari dianggap gagal mempamerkan persembahan seperti yang diharapkan. Norazam Azih, R Kogileswaran dan Chan Vathanaka dilihat kurang progresif dalam membantu jentera serangan mencipta lebih banyak peluang.

Ketumpulan penyudah Nor Shahrul Idlan Talaha dan terlalu bergantung kepada Mohamadou Sumareh dalam mengatur serangan sedikit mengganggu peluang Pahang untuk membawa pulang 3 mata di Shah Alam.

Keupayaan jentera serangan PKNS dalam menembusi gawang lawan di Kuala Terengganu mungkin boleh dijadikan petunjuk akan ancaman laskar semut merah malam ini.

Namun demikian, gawang pasukan yang dibolosi sebanyak 2 kali sedikit memberi kelebihan moral buat penyerang Pahang untuk menjaringkan gol pertama musim ini.

Jikalau mengambil kira prestasi PKNS di tempat lawan dalam perlawanan pertama dan ditambah dengan masalah keserasian jentera serangan Pahang, tuan rumah dilihat berpeluang meraih 3 mata pertama malam ini.

Foto: Pahang FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN