Ronald Koeman Dilantik Sebagai Jurulatih Baharu Belanda

Ronald Koeman

Bekas pengurus Everton, Ronald Koeman dilantik sebagai jurulatih baharu pasukan kebangsaan Belanda dan diberi tanggungjawab untuk memulihkan semula prestasi pasukan itu setelah tersingkir daripada kelayakan Piala Dunia 2018.

Persekutuan Bolasepak Belanda (KNVB) mengesahkan mereka sudah mencapai persetujuan dengan Ronald Koeman mengenai pelantikannya sebagai jurulatih skuad senior negara itu.

“Koeman sudah menandatangani kontrak untuk menyertai skuad Orangje dan akan memulakan tugas mempersiapkan pasukan ke Piala Dunia 2022 di Qatar,” kata satu kenyataan daripada KNVB.

Nic-Jan Hoogma yang kini bersama Heracles Alemlo, juga dinamakan pengarah sukan oleh KNVB.

Koeman mengetuai pasukan kebangsaan Belanda menggantikan Dick Advocaat, yang muncul antara jurulatih tidak berjaya buat Oranje sejak 2014.

Ronald Koeman pernah membimbang kelab Belanda, Feyenoord. (Photo by VI Images via Getty Images)

Tahun lepas, Koeman dipecat daripada tugasan beliau di Goodison Park selepas 16 bulan perkhidmatan kerana  prestasi hambar Everton musim ini dan diburukkan lagi dengan kekalahan 5-2 di tangan Arsenal.

Namun berita daripada Belanda mendedahkan pengendali tersebut dalam senarai untuk menjadi ketua jurulatih baru pasukan Belanda yang ketika itu masih belum diisi oleh sesiapa.

Tutto Mercato mengesahkan berita ini ada asas yang kukuh. Ianya juga turut disokong oleh kenyataan bekas jurulatih Belanda, Dick Advocaat.

Advocaat seakan-akan memberikan gambaran bahawa KNVB sudah pun menghubungi Ronald Koeman berkenaan dengan jawatan panas itu. Beliau berkata:

“Saya berpendapat, Koeman akan melakukan kerja yang hebat jika dipilih menjadi jurulatih Belanda.”

“Tidak ramai orang Belanda akan menolak tugasan ini jika ditawarkan. Jika KNVB bertanya kepada saya, adakah Koeman orang yang tepat? Pendapat saya, saya akan menyokong ia sepenuhnya.”

Belanda kecewa dengan prestasi semasa pasukan mereka setelah gagal melayakkan diri ke Piala Dunia 2018. Sebelum ini, Belanda juga gagal layak ke Piala Eropah 2016.

Arjen Robben sudah mengumumkan persaraan di peringkat antarabangsa setelah Belanda tersingkir daripada saingan Kelayakan Piala Dunia 2018.

Falsafah bola sepak moden Ronald Koeman mungkin antara faktor utama yang akan membawa kepada perlantikan beliau sebagai jurulatih pasukan Belanda.

Selain daripada Koeman, KNVB juga dilaporkan menyenarai pendek nama bekas pengurus Manchester United, Louis Van Gaal untuk jawatan tersebut. Namun Van Gaal sebelum ini sudah pun mengumumkan persaraan beliau daripada arena bola sepak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN