Mestre: “Neymar Tidak Jujur, Dia Tidak Berhak Menuntut Bonus Kesetiaan”

Perpindahan Neymar ke PSG masih lagi menyakitkan hati Barcelona. Ini selepas Barcelona mendakwa Neymar tidak jujur dalam perpindahan tersebut.

Segalanya bermula apabila PSG dikatakan sanggup membayar nilai klausa perlepasan Neymar yang berjumlah €222 juta.

Neymar dikatakan tidak memberitahu Barcelona yang beliau berminat dengan tawaran PSG. Oleh itu, Barcelona terus menyatakan pemain itu bukan untuk dijual.

Neymar dilaporkan sengaja melengahkan waktu untuk memastikan beliau kekal di Barcelona sehingga 1 Julai 2017 untuk memboehkan ayahnya mendapat bonus kesetiaan Neymar. Timbalan Presiden Barcelona, Jordi Mestre berkata:

“Apa yang membuatkan saya terkilan sangat adalah cara perpindahan itu berlaku. Kami semua ketika itu sedang dalam jelajah pra-musim. Dia membawa ayahnya sekali, malangnya mereka berdua tak transparen dengan kami.”

“Saya bukanlah tidak mahu melepaskan beliau jika dia datang kepada kami dan berkata, ‘saya mahu pergi’. Pemain seperti Cesc, Pedro, Alexis, dan Mascherano melakukan perkara seperti itu. Mereka datang beritahu kami.

“Kami pun cuba cari penyelesaian. Sebab mustahil untuk anda mengekalkan orang yang sudah tak mahu bermain dengan anda lagi.”

Menceritakan kenapa Barcelona merasakan mereka tidak ada hutang dengan ayah Neymar, Mestre berkata:

“Dia bermain kucing dan tikus (permainan licik) dengan kami. Apabila kami mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, kami memutuskan untuk menjual beliau dan tidak mahu membayar bonus kerana lanjutan kontrak beliau sebelum itu.”

“Saya sangat terganggu dengan perkara itu. Dan kini kami akan ke mahkamah dan menunggu apa keputusan hakim.”

“Saya kecewa kerana sebelum itu saya sudah keluarkan kenyataan yang beliau mahu kekal di Barcelona dan saya berkata dia 200% kekal dengan kami.”

“Dia langsung tidak memberitahu kami apa-apa. Jika dia jujur dengan kami, kami akan mempertimbangkan untuk menjual beliau kepada PSG dengan harga lebih rendah (daripada klausa perlepasan).”

“Sikap Neymar membuatkan pasaran perpindahan pemain mengalami inflasi. Jadi kami memutuskan untuk mengambil duit yang lebih banyak dan juga bunyi bising daripada media.”

Ditanya kenapa Neymar boleh bersikap begitu kepada Barcelona dan mahu meninggalkan kelab tersebut. Mestre menjawab:

“Neymar merasakan yang beliau tidak akan menjadi no.1 di Barcelona selagi-lagi ada Messi. Selain itu dia memikirkan untuk menjadi no.1 dunia, dan tak salah pun untuk dia berfikiran begitu.”

Mestre mengakui keadaan di Barcelona agak panik selepas pemergian Neymar ke PSG.

“Berlaku sedikit ‘gempa bumi’ di Barcelona sebab kami kehilangan trio serangan kami. Valverde baru masuk menjadi pengurus dan akan mengendalikan pasukan ini tanpa beliau. Namun Valverde menjalankan tugas dengan baik.”

“Semua orang melakukan tugas dengan baik ketika situasi itu. Hari ini pengurus mendapat pemain yang beliau mahukan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN