Bangkit Dari Kekalahan, Arsenal Tumbangkan Everton 5-1 Di Stadium Emirates

Arsenal

Arsenal bangkit daripada kekecewaan akibat tewas ditangan Swansea City pada pertengahan minggu ini setelah berjaya membelasah Everton 5-1 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Emirates awal pagi tadi.

Terdapat banyak perkara yang boleh diperkatakan mengenai perlawanan ini terutamanya apabila pembelian termahal kelab, Pierre-Emerick Aubameyang berjaya menghasilkan jaringan pada penampilan sulungnya bersama Arsenal.

Aaron Ramsey pula mencuri tumpuan setelah mencetak jaringan hatrik pertama beliau dalam karier profesional buat pemain antarabangsa Wales itu.

Dalam perkembangan yang sama, seorang lagi rekrut terbaru kelab London itu, Henrikh Mkhitaryan kembali menjalankan tugasan hakikinya dengan mencipta tiga bantuan jaringan dalam debut di gelanggang sendiri buat beliau.

LONDON, ENGLAND – FEBRUARY 03: Aaron Ramsey of Arsenal celebrates after scoring his sides fifth goal during the Premier League match between Arsenal and Everton at Emirates Stadium on February 3, 2018 in London, England. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Serba menjadi buat Arsenal

Arsenal tidak menunggu lama untuk membolosi gawang Everton yang dikawal Jordan Pickford setelah Ramsey seterusnya menyempurnakan hantaran lintang menarik dari Mkhitaryan pada minit ke-6 permainan.

Berselang lapan minit kemudian, giliran Laurent Koscielny pula meletakkan nama selaku penjaring kedua hasil tandukan rendah yang dilakukan bagi menyambar tandukan yang terlebih dahulu dilakukan Shkodran Mustafi.

Jaringan tersebut masih belum cukup buat anak buah Arsene Wenger apabila Ramsey sekali lagi meledak jaringan untuk gol kedua peribadi beliau pada perlawanan ini.

Bagaikan mendapat tonik yang sangat berguna, tuan rumah terus ghairah untuk menambah jaringan menerusi Aubameyang yang kembali bergandingan bersama Mkhitaryan, rakan lamanya ketika di Borussia Dortmund.

Persefahaman gandingan mereka berdua jelas terserlah apabila lorongan menarik Mkhitaryan mencari Aubameyang berjaya disempurnakan dengan tenang oleh penyerang berusia 28 tahun itu untuk jaringan ke-4 buat Arsenal.

Everton akhirnya mendapat jaringan saguhati pada minit ke-64 menerusi Dominic Calvert-Lewin. Jaringan tersebut hadir tiga minit selepas beliau masuk bagi menggantikan Theo Walcott.

Malam gemilang The Gunners pada perlawanan ini dilengkapkan dengan jaringan penutup dari Ramsey yang melengkapkan hatrik dan gol tersebut turut berpunca daripada hantaran silang dari Mkhitaryan.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN