Bekas Pengurus Swansea City Dedah Punca Kegagalan Renato Sanches Di Kelab Itu

Renato Sanches menjadi tumpuan dunia selepas pemain itu mencipta nama bersama skuad kebangsaan Portugal pada kejohanan EURO 2016 di Perancis.

Menyertai skuad yang menjadi juara kejohanan tersebut, Sanches kemudiannya menjadi buruan kelab utama dunia dengan Bayern Munich menjadi destinasi beliau.

Walaupun begitu, beliau mempunyai kesukaran untuk beraksi kerap bersama pasukan utama Bayern Munich dan itulah yang menyebabkan beliau kini berada di Swansea City untuk mencari minit bola sepak yang lebih banyak.

(Photo by Lukas Schulze/Bundesliga/DFL via Getty Images )

Kehadiran Sanches ke Swansea City nyata memberikan harapan tinggi dalam kalangan peminat kelab itu dan bagi bekas pengurus Paul Clement – ianya merupakan mimpi ngeri buat pemain itu.

Menurut Clement, beliau telah menyedari yang pemain itu sudah pun telah mengalami kesan yang teruk akibat jangkaan yang terlalu tinggi terhadap pemain itu.

“Untuk membawa pemain seperti Sanches ke Swansea City adalah satu hasil kerja yang cukup baik untuk kami ketika itu.”

“Saya bersama beliau pada 6 bulan di Bayern Munich tetapi beliau tidak bermain dengan kerap.”

“Sanches jelas hilang keyakinan dalam dirinya dan kondisi fizikalnya turut turun.”

Oleh kerana itulah, Clement cuba membawa pemain itu ke Swansea City untuk memberikan minit bola sepak yang lebih kepada Sanches.

Namun pada hakikatnya, perpindahan ke kelab Premier League itu nyata meleret dari jangkaan Sanches.

“Sanches jangkakan yang Bayern Munich akan hantar beliau ke kelab seperti Manchester United, Paris Saint-Germain atau Chelsea tetapi itu tidak terjadi.”

“Bayern Munich katakan kepada beliau yang mereka tidak akan pinjamkan Sanches ke kelab besar. Sanches tak akan dapat main juga di kelab tersebut.”

Sanches menetang dunia

Menurut Clement, Sanches terbeban dengan tekanan yang diberikan.

Boleh dikatakan, hampir 2/3 tekanan yang dihadapi pasukan itu di bahu Sanches.

Renato Sanches mengharungi masa sukar di Swansea City.

“Beliau adalah pemain muda yang hampir semua tekanan berada di bahunya. Ia jelas ketika hari perlawanan.”

“Di padang latihan, beliau lakukan segalanya dengan baik sekali. Namun ketika perlawanan, beliau tidak mampu nak buat sebagus yang beliau hasilkan di latihan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN