Michy Batshuayi Hasilkan Dua Jaringan Pada Penampilan Sulung Bersama Borussia Dortmund

Michy Batshuayi

Penyerang Borussia Dortmund yang baharu sahaja dipinjamkan dari Chelsea, Michy Batshuayi tidak menunggu lama untuk membuktikan ketajaman yang dimiliki setelah menyumbat dua jaringan pada perlawanan sulungnya bertemu FC Cologne di RheinEnergieSTADION.

Pada perlawanan tersebut, Borussia Dortmund berjaya menumpaskan FC Cologne dengan keputusan 3-2 dalam perlawanan yang kedua-dua pasukan saling berbalas jaringan.

Michy Batshuayi hanya memerlukan 35 minit bagi merobek gawang tuan rumah selepas beliau dengan bersahaja menyudahkan hantaran lintang dari sebelah kiri yang dilakukan oleh Jeremy Toljan.

Jaringan dari pemain antarabangsa Belgium itu kekal hingga tamat babak pertama untuk memisahkan kedua-dua pasukan.

Pemain sayap FC Koln, Simon Zoller kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-60 apabila beliau pantas untuk menanduk bola yang berjaya ditepis penjaga gol Dortmund, Roman Burki hasil sepakan jarak jauh dari Dominique Heintz.

Jaringan tersebut hanya mampu bertahan selama dua minit sahaja. Batshuayi sekali lagi meledakkan jaringan untuk penampilan sulung yang memberangsangkan buat pemain berusia 24 tahun itu.

Tuan rumah terus memadam kelebihan yang dicipta Batshuayi dan kali ini giliran pemain pertahanan, Jorge Mere menanduk masuk bola hasil sepakan sudut yang diambil Jonas Hector pada minit ke-70.

Selepas mencipta dua jaringan, Batshuayi terus memberikan sumbangan berkesan buat pasukan barunya itu.

Menerusi satu serangan balas pantas, beliau melorongkan bola kepada seorang lagi bekas pemain Chelsea, Andre Schuerrle untuk jaringan kemenangan 3-2 buat Borussia Dortmund pada perlawanan ke-21 Bundesliga ini.

Permulaan yang meyakinkan buat Michy Batshuayi dan diharapkan ianya dapat mengubati kedukaan peminat Borussia Dortmund diatas kehilangan Pierre-Emeric Aubameyang yang berhijrah ke Arsenal.

Statistik dari Optafranz turut menyatakan bahawa Batshuayi merupakan pemain pertama yang berjaya menjaringkan dua gol pada penampilan sulung dalam Bundesliga buat Borussia Dortmund selepas kali terakhir dilakukan oleh Aubameyang pada Ogos 2013.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN