Balachandran Dan Aminuddin Hussin Dilantik Sebagai Penolong Tan Cheng Hoe

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan mengenai perlantikan S Balachandran dan Aminuddin Hussin sebagai penolong jurulatih kepada pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.

Menurut Hamidin, perlantikan itu mendapat perkenan daripada Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim, sambil menjelaskan kedua-dua mereka akan memulakan tugas dalam tempoh terdekat.

“Pemilihan mereka daripada cadangan Cheng Hoe sendiri dan dibawa ke pihak pengurusan sebelum mendapat perkenan daripada Tunku Presiden.

“Setelah kita melihat kesemua kriteria dan juga pandangan daripada Cheng Hoe, kita bersetuju melantik mereka berdasarkan pengalaman yang dimiliki dan saya yakin gabungan dua jurulatih ini dapat membantu Cheng Hoe dalam mempersiapkan skuad kebangsaan menghadapi Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki nanti,” katanya kepada Sinar Harian.

Balachandran merupakan bekas jurulatih skuad Bawah 16 (B-16) tahun kebangsaan yang pernah membawa skuad negara melangkah ke suku akhir Kejohanan AFC Bawah 16 Tahun.

Aminuddin pula merupakan jurulatih yang berpengalaman luas dan sebelum ini memegang jawatan sebagai  penolong jurulatih skuad B-23 kebangsaan, Frank Bernhardt.

Tan Cheng Hoe memerlukan seorang pembantu untuk membentu skuad kebangsaan yang mantap.

Skuad senior kebangsaan akan mengadakan aksi persahabatan berstatus ‘A’ menentang Mongolia pada 23 Feb ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebagai persiapan menghadapi saingan Piala AFF Suzuki 2018 pada November.

“Cheng Hoe dan dua jurulatih ini akan memulakan tugas Sabtu ini untuk memilih pemain terbaik bagi dipanggil untuk menjalani sesi latihan pusat skuad kebangsaan yang akan diadakan tidak lama lagi,” jelas Hamidin.

Katanya, badan induk itu turut merancang untuk menambah perlawanan persahabatan antarabangsa berstatus ‘A’ bagi menaikkan kembali ranking skuad kebangsaan yang kini berada pada kedudukan ke-175 dunia.

Hamidin juga tidak menolak kemungkinan lebih ramai pemain B-23 negara yang beraksi cemerlang pada Kejohanan Bola Sepak AFC B-23 di China, baru-baru ini, akan dipanggil menyertai skuad senior.

FAM memberi tempoh setahun kepada Balachandran dan Aminuddin untuk membuktikan keupayaan masing-masing sebelum kontrak mereka akan dinilai semula pada penghujung tahun ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN