JDT Berwaspada Dengan Ancaman Pasukan Kedah

3 hari lagi menjelang perlawanan Piala Sumbangsih di antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang pasukan Kedah di Stadium Larkin, Sabtu ini.

Kedua-dua pasukan dilihat sedang membuat persiapan rapi untuk memburu 3 mata dalam perlawanan pertama Liga Super 2018.

Namun begitu, pengendali JDT, Ulisses Morais tidak mahu memandang mudah dan berhati-hati dengan ancaman pasukan Kedah yang dilihat lebih berbahaya berbanding musim lepas.

“Persiapan menentang Kedah berjalan lancar dan juga kami memperbaiki apa jua kesilapan ketika menentang Muangthong malah barisan pemain juga memahami kehendak taktikal yang diterapkan.

“Apapun kelebihan memihak JDT kerana beraksi di hadapan penyokong sendiri dan saya berharap penyokong menjadi pemangkin untuk kami beraksi cemerlang kerana mereka adalah pemain ke-12 JDT tetapi kami juga harus tidak boleh leka dan perlu berwaspada dengan ancaman skuad Lang Merah,” katanya seperti dipetik melalui laman facebook rasmi JST.

Morais juga menyifatkan corak permainan pasukan Kedah kali ini pasti berbeza berbanding musim lepas dan mereka sedia menghadapi sebarang kemungkinan pada perlawanan itu.

“Kami tahu Kedah dibimbing jurulatih baharu dan mungkin tampil dengan corak permainan berbeza namun kami akan membuat persiapan lebih rapi untuk berdepan pasukan itu.

“Kemungkinan juga Marcos Antonio akan kembali beraksi untuk memperkuatkan benteng pertahanan selepas dia menunjukkan perkembangan positif sepanjang latihan selepas kami tidak menurunkannya ketika aksi kelayakan ACL, baru-baru ini,” jelasnya.

Sementara itu, Naib Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Badrol Hisham Hashim yakin dengan kemampuan skuad Helang Merah meraih Piala Sumbangsih buat kali kedua berturut-turut selepas melakukannya musim lepas.

Katanya, berdasarkan semangat tinggi yang ditunjukkan oleh semua pemain, beliau percaya ia mampu menjadi satu azimat untuk untuk memberi aksi terbaik pada perlawanan pembukaan Liga Malaysia 2018 di lawan lawan.

“Saya rasa kita sudah cukup bersedia selain kemampuan dan pengalaman Ketua Jurulatih, Ramon Marcote bersama Kedah sebelum ini.

“Kedah telah mempersiapkan satu barisan yang cukup baik bagi pandangan kita dan KFA percaya pasukan sekali lagi akan mempertahankan dan membawa balik piala tersebut ke Alor Setar,” katanya kepada Sinar Harian.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN