Subkhiddin Mahu Pastikan Semua Pengadil Musim Ini Bebas Rasuah

3 hari lagi saingan Liga Malaysia musim 2018 akan membuka tirainya dengan perlawanan Piala Sumbangsih di antara pasukan Johor Darul Ta’zim menentang Kedah di stadium Larkin pada hari sabtu ini.

Selain persiapan setiap pasukan yang bertanding, pengadil perlawanan juga membuat persiapan mereka bagi memastikan fizikal dan tahap kecergasan lebih bersedia. Mereka juga perlu bebas daripada didekati oleh bookie.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd Salleh bercakap kepada Berita Harian, beliau sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis bagi memastikan tiada pengadil yang terbabit dalam kegiatan rasuah.

“Bagaimanapun, saya percaya anak buah saya bebas daripada pengaruh bookie ketika mengadili perlawanan.

“Saya juga berharap agar penilaian prestasi seseorang pengadil perlu dinilai secara lebih bijak dan matang melalui kriteria yang bersesuaian dan bukannya ulasan yang bersifat andaian.

“Lebih-lebih lagi sekiranya sesuatu teguran atau komen tersebut datang daripada mereka yang mempunyai pengaruh besar dalam dunia sukan bola sepak,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini memberi amaran akan mengambil tindakan keras ke atas mana-mana pihak yang terbabit dengan rasuah dalam bola sepak.

“Sebagai menteri saya akan memastikan tiada seorang pun akan terlepas daripada siasatan dan dakwaan pihak polis.

“Bukan saja pemain dan pegawai pasukan, malah kita tahu bahawa ada dalam kalangan pengadil yang turut bersekongkol dengan bookie.

“Ini bukan tuduhan dan pengadil juga tidak akan terlepas jika ada bukti mereka ambil rasuah. Ini amaran Zahid Hamidi,” katanya.

Subkhiddin turut menjelaskan pihaknya sentiasa memantau setiap pengadil dan berusaha untuk meningkatkan mutu pengadilan bola sepak negara.

“Boleh dikatakan kami terlebih dahulu mendahului dan mendepani isu ini melalui kerjasama erat daripada setiap jawatankuasa yang dibentuk sebelumnya oleh Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, namun kami tetap menerima semua teguran yang dilontarkan secara positif.

“Sehingga sekarang apa yang saya dapati adalah komen yang lebih menjurus kepada mengambil tindakan terhadap pihak yang kedua atau ketiga.

“Mungkin adalah lebih baik jika pihak berkuasa dapat lebih proaktif bukan sahaja hanya untuk ‘berfikir’ tetapi terus mengambil tindakan serta merta untuk menghapuskan punca tawaran tersebut,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN