VIDEO: Gerakan ‘Set-Piece’ Cantik Argentina Musnahkan Impian England Di Piala Dunia 98′

Perlawanan Piala Dunia 1998 di antara Argentina dan England merupakan antara perlawanan yang paling diingati walaupun telah berlaku hampir 20 tahun yang lalu.

Jaringan cantik selepas larian solo menakjubkan dari Michael Owen, kad merah David Beckham, gol Sol Campbell yang tidak dikira dan beberapa drama lain, menjadikan perlawanan di antara kedua-dua buah negara itu sentiasa dikenang sehingga ke hari ini.

Mandatory Credit:Ross Kinnaird /Allsport

Namun salah satu daripada perkara yang kurang menjadi sebutan oleh kebanyakan peminat bola sepak yang menyaksikan perlawanan tersebut ialah gerakan ‘set-piece’ oleh Argentina yang menghasilkan gol penyamaan oleh Javier Zanetti sebelum tamat separuh masa pertama perlawanan.

Walaupun mendahului melalui sepakan penalti Gabriel Batistuta pada minit ke-5 perlawanan, pendahuluan tersebut pantas dipadam oleh Alan Shearer yang menyamakan kedudukan buat England 4 minit kemudian.

(Photo by Mark Leech/Getty Images)

Kemudian menyusul gol oleh Michael Owen untuk England mendahului Argentina 2-1. Jaringan tersebut bukan sahaja dihasilkan melalui gerakan set-piece yang dianggap cantik, malah turut mengubah rentak perlawanan skuad bimbingan Daniel Pasarella selepas itu.

Dihadiahkan sepakan percuma betul-betul di bahagian tengah kotak penalti England, Gabriel Batistuta seolah-olah akan mengambil sepakan tersebut.

Namun demikian, bintang Argentina tersebut sekadar melakukan ‘dummy’, untuk membenarkan Sebastian Veron melakukan satu lorongan ke arah sebelah kanan tembok pertahanan.

(Photo by Mark Leech/Getty Images)

Gerakan tersebut menyebabkan barisan pertahanan England terpegun. Hantaran Veron kemudiannya diterima oleh Zanetti yang menahan bola dengan kaki kanan, sebelum merembat kencang ke penjuru kiri gawang England, menewaskan David Seaman dengan kaki sebelah kiri.

Pemain England dan Glenn Hoddle yang mengendalikan Three Lions pada waktu itu sekadar terpegun. Namun tidak ada sesiapa yang boleh menafikan kualiti jaringan tersebut.

Sepakan percuma rutin yang dihasilkan oleh Batistuta, Veron dan Zanetti itu tampak mudah. Namun ia pasti sesuatu yang dihasilkan dari padang latihan, serta dilakukan berulang kali agar tampak sempurna.

Sehingga ke hari ini, ia dikenang sebagai salah satu gol tercantik di Piala Dunia yang kurang didendangkan. Anda boleh menyaksikan gerakan set-piece dan jaringan oleh Zanetti tersebut melalui pautan di bawah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN