Marcerra Ikat Penyerang Skuad Kebangsaan Timor Leste

Kelab Marcerra United mungkin kurang dikenali oleh peminat bola sepak tanah air tetapi pasukan ini sebenarnya bakal mengambil alih pasukan Kuantan FA dalam saingan Liga Premier musim ini.

Skuad itu juga dibarisi oleh pemain tempatan berpengalaman iaitu bekas penyerang skuad kebangsaan, Abdul Manaf Mamat, Abdul Hadi Yahya, Mohd Daudsu Jamaluddin, Helmi Rameli, Ahmad Zarul Fitri dan Abd Ghani Rahman.

Terbaharu, mereka menandatangani penyerang skuad kebangsaan Timor Leste yang dilahirkan di Brazil iaitu Murilo De Almeida.

Pemain yang berusia 29 tahun itu mempunyai 7 caps dengan skuad kebangsaan Timor Lesti dan pernah beraksi dengan pasukan Liga Hong Kong, South China FC.

Skuad kendalian jurulatih yang berpengalaman, Ismail Zakaria itu turut menandatangani seorang lagi penyerang import dari Montenegro, Zarko Korac serta bekas pemain tengah pasukan Johor Darul Ta’zim, (JDT), Andre Francisco Williams dari Brazil serta bekas pertahanan Melaka United (MU), Elexandru Tudose dari Romania.

Aksi Marcerra Kuantan FA ketika menentang Kelantan dalam perlawanan persahabatan. FOTO: Kelantan FA

Kelab Marcerra United ini dimiliki oleh Datuk Seri Dr Mohamad Feardaus Khairuddin yang meliputi pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Premier, Liga FAM, Liga KLFA serta pasukan Futsal.

Bercakap kepada Berita Harian, Dr Mohamad Feardaus berkata beliau berpuas hati dengan prestasi pemain import yang telah diuji dalam beberapa perlawanan persahabatan.

“Prestasi pemain import setakat ini tidak mengecewakan kami dan saya berpuas hati, namun kita akan menguji lagi mereka dalam aksi persahabatan bertemu Terengganu FC I petang ini sebelum perlawanan sebenar Liga Perdana.

“Kami yakin bekas pemain tengah PDRM dan JDT itu yang lebih mesra dipanggil Andrezinho dan Tudose tidak menghadapi masalah bersama pasukan kerana dua pemain itu pernah beraksi dalam saingan Liga M.

“Mereka mampu mempamerkan aksi bertenaga dalam mengharungi kancah liga berdasarkan persembahan semasanya,” katanya.

Mengulas mengenai sasaran pasukannya dalam saingan Liga Malaysia, mereka akan cuba melakukan yang terbaik untuk memburu kejuaraan.

“Kami tidak terlalu ghairah memburu kejuaraan, namun pemain kami tetap akan melakukan yang terbaik dan jika juara itu adalah bonus buat pasukan,” jelasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN