Calon Tuan Rumah Piala Dunia 2026 Sudah Mula Perkenalkan Logo Bidaan

Piala Dunia 2026

Piala Dunia 2026 hanya akan berlangsung lebih kurang 8 tahun lagi. Namun begitu ia tidak menghalang calon tuan rumah memaparkan kepada masyarakat dunia mengenai persiapan untuk kejohanan itu.

Ini termasuklah juga dengan logo bidaan. Logo bidaan sebenarnya cuma nilai komersial untuk menarik perhatian dunia sahaja.

Sedangkan, banyak lagi faktor yang akan disemak oleh jawatankuasa khas nanti. Bukan semata-mata logo sahaja yang cantik, penganjuran entah ke mana.

Maghribi

Logo bidaan Maghribi 2026. Sumber: Morocco World News.

Dua hari lalu, Maghribi secara rasminya memulakan kempen 2026 itu. Logo bidaan itu juga telah diperkenalkan kepada umum.

Logo kali ini masih mengekalkan elemen pada bendera negara tersebut. Cuma logo bidaan sebelum ini tidak digunakan.

Maghribi pernah 4 kali gagal dalam mencuba untuk menganjurkan Piala Dunia. Percubaan terakhir mereka ialah pada 2010 di mana mereka tewas kepada Afrika Selatan.

FIFA memang memberikan hak penganjuran kepada benua Afrika pada edisi tersebut.

Bersedia

Menteri Belia dan Sukan Maghribi memberitahu BBC bahawa infrastruktur di negara itu sudah bersedia. Biarpun bilangan negara yang bertanding bertambah kepada 48.

Edisi 2026 menyaksikan buat kali pertamanya bilangan pasukan ditingkatkan kepada 48. Kali terakhir FIFA menambah bilangan pasukan bertanding ialah pada 1998, di mana hanya 32 pasukan bertanding.

Negara itu telah menikmati pembangunan pesat termasuklah pembinaan kemudahan pengangkutan. Malah mereka sudah membina hotel untuk persediaan kejohanan tersebut.

Maghribi sekarang sedang menganjurkan African Nations Championship 2018. Malah, mereka juga bakal beraksi dalam Piala Dunia 2018.

Pencabar terdekat

Ramai tidak menjangkakan bahawa Maghribi bakal menjadi calon pencabar penganjuran Piala Dunia 2026. Malah, ia hampir menjadi milik bidaan tiga negara Amerika Utara.

Mexico, Amerika Syarikat dan Kanada telah juga menghantar bidaan untuk kejohanan itu. Mereka juga telah memperkenalkan logo untuk menganjurkan kejohanan itu.

Ada juga komen nakal mengatakan logo bidaan mereka tak ubah seperti bola lisut. Maklumlah bola lisut terkenal di Amerika Syarikat dan juga Mexico.

Penutup

Logo Piala Dunia 2018 yang jadi bahan ejekan.

Harus diingat, logo itu mungkin bersifat sementara. Akan ada logo yang lebih baik dan cantik selepas ini. Walaupun logo Piala Dunia 2018 di Rusia pun tidak terlepas dari kritikan.

Malah, di Internet banyak parodi dan ejekan logo mereka. Sampaikan logo itu disamakan dengan pencukur misai elektronik!

Tetapi manakah logo yang menarik bagi anda? Atau anda ada rekaan sendiri? Jika Malaysia menganjurkan Piala Dunia, tunjukkan kepada kami rekaan logo anda!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN