Barcelona Adakan Majlis Perpisahan Buat Mascherano Sebelum Perlawanan Menentang Espanyol

Era beliau bersama Barcelona kini sudah berakhir.

Pemain Barcelona, Javier Mascherano bakal meninggalkan kelab tersebut dalam masa terdekat.

Beliau akan menyertai kelab Chinese Super League (CSL) Hebei Fortune yang merupakan pasukan kendalian bekas pengurus Manchester City dan juga Real Madrid – Manuel Pellegrini.

Barcelona dikatakan mahu mengadakan satu majlis khas untuk mengenang jasa yang diberikan oleh Mascherano sepanjang beliau bergelar pemain Barcelona.

Menurut perancangan, majlis khas itu akan diadakan pada aksi Copa Del Rey di antara Barcelona dan juga Espanyol pada Rabu.

Perancangan yang setakat ini dilakukan secara rahsia ini pada mula tidak mendapat Mascherano.

Hal ini kerana, pemain tersebut dikatakan tidak gemar jika perhatian diberikan secara berlebihan kepada dirinya.

Namun begitu, pihak kelab berjaya menyakinkan beliau dan dijangka majlis tersebut akan dilangsungkan pada waktu yang telah dirancang.

Jersi nombor 14 Mascherano selepas ini bakal diisi oleh pemain baharu mereka iaitu Philippe Coutinho.

Menurut laporan dari Sepanyol, Mascherano turut telah diberikan jaminan oleh presiden kelab iaitu Josep Maria Bartomeu mengenai masa depan selepas bermain.

Bartomeu dikatakan telah memberikan jaminan kepada Mascherano untuk kembali ke Barcelona atas kapasiti jurulatih.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN